4.2 PERANG DUNIA PERTAMA
PENGENALAN
Perang dunia pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam kalangan negara negara Eropah.Negara negara eropah yang terlibat dalam negara Jerman ialah Britain,Rusia,Perancis,Austria Hungray ,Serbia,Itali ,Belgium dan Turki. Perang ini melibakan dua pihak iaitu Triple Allince(perikatan tiga kuasa) dan Triple Entete (pakatan tiga kuasa). Akhirnya Triple Entete yang dipimpin Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai Jerman.
SEBAB MELETUSNYA PERANG INI?
Kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan
negara-negara Eropah telah menjadi salah satu sebab meletusnya Perang Dunia
Pertama. Sistem pakatan ini telah menyebabkan dunia Eropah terbahagi kepada 2
kuasa iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) yang diketuai oleh Jerman
dan disertai oleh Austria-Hungary, Turki dan Bulgaria. Manakala Triple Entente
(Pakatan Bertiga) pula diketuai oleh Rusia yang turut disertai oleh Perancis,
Britain, Itali, Serbia, Romania dan Greece. Tujuan pakatan ini ialah untuk menyekat mana-mana kuasa atau blok menjadi
lebih kuat daripada lawannya. Selepas tahun 1870, sistem ini berjaya menghalang
meletusnya peperangan dalam kalangan negara-negara Eropah sehingga tahun 1900. Sistem pakatan ini tidak lagi sesuai pada abad ke-20 disebabkan oleh
wujudnya persaingan negara-negara Eropah untuk mendapat pengaruh di rantau
Balkan setelah runtuhnya Empayar Turki Uthmaniyah, tindakan Jerman membesarkan
tentera lautnya yang menimbulkan kebimbangan Britian dan tibdakan Perancis
menggunakan bantuan Rusia dengan cara peperangan untuk mendapatkan semula
Alsace-Lorraine . Keadaan ini menyebabkan wujudnya ketidakstabilan politik yang berterusan di
Eropah. Pergolakan yang berlaku antara tahun 1911 hingga 1914 di negara-negara
Balkan yang bebas daripada penguasaan Turki jelas menonjolkan kegagalan sistem
pakatan sebagai satu cara mengawal negara-negara berdaulat dalam hubungan
antarabangsa. Selepas tahun 1908, sistem pakatan ini tidak bermakna lagi apabila negara
seperti Serbia yang disokong Rusia begitu bebas bertindak dengan menggunakan
ketenteraan, tindakan Austria-Hungary dan Rusia untuk mengukuhkan pengaruh
masing-masing dalam kalangan bangsa Slav dan tindakan Rusia berusaha mencari
jalan keluar bagi angkatan lautnya dari Laut Hitam ke Laut Tengah dengan
menguasai Selat Bosporus dan Istanbul.
Pada penghujung abad ke-19, negara-negara Eropah mula mencari tanah jajahan
baru untuk membolehkan mereka menjadi kuasa yang kuat di Eropah seperti Jerman,
Britain, Perancis dan Itali. Ini telah menyebabkan wujudnya persaingan antara
negara-negara tersebut untuk mendapatkan tanah jajahan sama ada di Asia, Afrika
dan Kepulauan Pasifik. Negara Jerman dan Itali yang belum mempunyai tanah jajahan berusaha bersungguh-sungguh
untuk mendapatkan tanah jajahan. Oleh itu, Jerman telah memulakan tindakan
dengan merampas tanah jajahan di Afrika daripada negara-negara yang dianggap
lemah seperti Portugal dan Perancis pada tahun 1890-an. Manakala Itali pula
cuba mendapatkan bekas jajahan Turki Uthmaniyah dengan menakluki Cyrenaica dan
Tripoli dan menjadikannya tanah jajahan baharu yang dikenali sebagai Libya. Tindakan Jerman ini telah menimbulkan kebimbangan negara Britian dan
Perancis terutamanya apabila Jerman telah bertindak memperbesarkan
angkatan lautnya. Oleh itu, Britain turut memperkuatkan angkatan lautnya untuk
melindungi empayar dan aktiviti perdagangan antarabangsanya.Jerman dilihat
mempunyai kekuatan ekonomi melebihi jirannya iaitu Britain dan Perancis, terutama
dalam pengeluaran besi pada tahun 1900. Perancis cuba menyaingi Jerman di Morocco pada tahun 1911 sehingga hampir
menggugat kestabilan di Eropah. Kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah
menyebabkan munculnya negeri-negeri Slav yang baru seperti Serbia dan Bulgaria.
Kesan semangat nasionalisme yang melampau,negeri-negeri kecil tersebut berjaya
mengalahkan Turki keluar dari Eropah pada tahun 1908 hingga 1913. Keadaan ini dirumitkan lagi dengan minat kuasa-kuasa besar seperti
Austria-Hungary dan Rusia untuk mendapatkan pengaruh politik. Pada tahun 1908,
Austria-Hungary berjaya menakluki Bosnia-Herzegovina dan sasaran seterusnya
ialah menguasai Serbia. Bagi menghalang serangan Austria-Hungary ke atasnya,
Serbia berjaya mendapatkan sokongan Rusia yang bercita-cita menguasai Selat
Bosporus dan sebahagian wilayah Turki. Ini telah mendorong ke arah meletusnya
Perang Dunia Pertama di Eropah.
Perlumbaan senjata telah berlaku terutamanya antara Jerman, Britain dan
Perancis yang telah membawa keuntungan kepada syarikat pengeluar senjata
seperti Syarikat Krupp di Jerman dan Coventry Ordanance Work di Britain. Pada
tahun 1906, Britain berjaya menghasilkan HMS Dreadnought iaitu sebuah kapal
perang yang canggih dan terhebat di dunia pada ketika itu serta berkuasa tinggi
untuk menyaingi angkatan tentera Jerman walaupun melibatkan peruntukkan
perbelanjaan yang besar. Kuasa besar seperti Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah
menambah lebih 50% perbelanjaan ketenteraan sekitar tahun 1908 hinggga 1914
terutama apabila golongan tentera semakin berpengaruh dalam bidang politik dan
pentadbiran di sesebuah negara. Negara Jerman golongan tenteranya bertanggungjawab terus kepada
Kaiser/Raja, nilai-nilai ketenteraan diterima oleh sebahagian besar rakyat
Jerman dan rakyat telah memberi sokongan terhadap pengisytiharaan perang yang
dibuat kerajaan pada tahun 1914. Peningkatan bilangan anggota tentera yang
ketara selepas tahun 1900 telah meningkatkan ketegangan sedia ada dan perang
tidak dapat dielakkan lagi.
Sistem pendidikan yang dilaksanakan di beberapa negara Eropah turut
meningkatkan semangat patriotik yang akhirnya menyemai bibit-bibit ke arah
peperangan. Kurikulum pendidikan di Jerman memberi penekanan terhadap bahasa
Jerman telah berjaya menyuburkan semangat cintakan negara dalam kalangan
generasi muda. Manakala, persatuan-persatuan belia di Jerman diterapkan perasaan
mengagungkan peperangan dan ciri-ciri keperwiraan dengan setiap anggota
sehingga rakyat Jerman percaya mati dimedan pertempuran adalah lebih baik
daripada mati di atas katil, malah nama mereka yang terkorban akan dipahat di
tugu peringatan Di Perancis pula, pendidikan Sejarah yang dilaksanakan pada tahun 1912
mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan rakyatnya
diingatkan supaya membuat persiapan yang sewajarnya. Setiap pelajar diberitahu
kewajipan mempertahankan negara Perancis.
Peristiwa pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta
Austria-Hungary dan isterinya Duchess Sophie di Sarajevo pada 28 Jun 1914 oleh
seorang pemuda Serbia yang merupakan ahli kongsi gelap Black Hand telah menjadi
sebab serta-merta meletusnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk
menghapuskan kedaulatan Serbia kerana Serbia sudah lama menghasut rakyat
Austria yang berbangsa Serb supaya membebaskan diri daripada pemerintahan
Austria. Tindakan Austria mendapat sokongan sekutunya iaitu Jerman. Melihatkan keadaan tersebut, Rusia yang merupakan sekutu Serbia memberi
amaran kepada Austria dan bersiap sedia untuk menyerang Austria. Jerman yang
bimbang dengan perkembangan tersebut meminta Rusia menghentikan persiapannya.
Oleh kerana Rusia enggan menuruti saranan Jerman telah menyebabkan Jerman
mengisytiharkan peperangan terhadap Rusia dan sekutunya.
Perjanjian yang
ditandatangani pada tahun 1919 telah menamatkan Perang Dunia Pertama.
Perjanjian ini dianggap tidak adil kerana pihak yang kalah dipaksa menerima
syarat-syarat yang berat sebelah. Jerman menerima hukuman yang berat daripada
pihak yang menang (Triple Entente).Syarat yang terpaksa
dipatuhi oleh Jerman ialah menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya, menyerahkan 13% daripada daerahnya termasuk ¾ hasil besi dan 1/5 hasil
arang batu, membayar ganti rugi dan pampasan perang yang tinggi dan mengurangkan jumlah tentera.Jumlah tentera akan dikurangkan daripada
400,000 kepada 200,000 menjelang 30 September 1919 dan 100,000 menjelang 31 Mac
1920.
Selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa dibentuk pada tahun 1919 bagi
menjaga keamanan serta mengelak daripada berlakunya peperangan. Pertubuhan yang
berpusat di Geneva ini berharap sebarang masalah antarabangsa dalam kalangan
negara-negara anggota dapat diselesaikan melalui rundingan.Hampir semua negara Eropah kecuali Rusia dan Amerika Syarikat menyertai
pertubuhan ini dan taraf kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali
dan Jepun. Di peringkat awal pertubuhan ini berjaya menyelesaikan masalah
sempadan antara Bulgaria dengan Greece pata tahun 1926.Bagaimanapun, ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota
melemahkan pertubuhan ini kerana berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar
pada tahun 1930-an seperti penaklukan Itali terhadap Habsyah dan penaklukan
Jepun ke atas Manchuria. Liga ini telah dibubarkan pada bulan April 1945.
Kesan Politik
Rusia :
Menamatkan Sistem Pemerintahan Beraja :
o
Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Rusia di bawah
kerajaan Tsar yang pernah memerintah Rusia selama 400 tahun. Perang Dunia
Pertama telah menguji kemampuan kerajaan menghadapi keadaan semasa. Kekalahan
demi kekalahan yang dihadapi oleh Rusia khususnya pertempuran dengan Jerman
menyerlahkan kelemahan kerajaan Tsar. Kekalahan teruk tentera Rusia di medan
perang menyebabkan kesetiaan sebahagian tentera berbelah bagi.
Kerajaan Hilang Imej dan Sokongan :
o
Selain imej kerajaan beraja jatuh kepada golongan tentera dan kelas
menengah, kerajaan juga kehilangan sokongan daripada golongan petani dan
pekerja kerana tidak membela nasib mereka dalam suasana ekonomi yang muram
kesan daripada Perang Dunia Pertama.
Pejuang Revolusi Berpecah :
o
Pejuang-pejuang Revolusi yang terdiri daripada kelas menengah, pekerja dan
petani telah berpecah ekoran daripada perbezaan kepentingan. Vladimir Lenin
telah mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan pekerja dan petani serta
menyokong rampasan tanah yang dilakukan oleh golongan petani.
Kerajaan Komunis Terbentuk :
o
Dengan sokongan daripada pekerja, petani, tentera dan komunis yang
berdisiplin, Lenin berjaya menggulingkan pemerintahan dan membentuk sebuah
kerajaan komunis yang pertama di dunia.
Rusia Kehilangan Wilayah :
o
Bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria, Lenin telah
menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918. Melalui perjanjian
tersebut, Rusia telah kehilangan ¼ wilayahnya di Eropah yang diserahkan kepada
Jerman dan ¾ sumber arang batu dan besi. Kejayaan tersebut turut dibantu oleh
peranan ejen perisikan Jerman.
Wujud Golongan Kapitalis :
o
Pada tahun 1905, ekonomi Rusia mula berkembang tetapi perlahan berbanding
dengan negara-negara Eropah Barat. Wujud sebilangan kecil golongan kapitalis
yang menyediakan modal bagi melibatkan diri dalam perniagaan.
Kemunculan Golongan Pekerja Industri :
o
Golongan tersebut membiayai dan menguruskan pembinaan kilang dan jalan
kereta api. Situasi ini membawa kepada kemunculan golongan pekerja industri
yang miskin dan persekitaran kerja yang kurang memuaskan. Jumlah pekerja
industri kecil iaitu kira-kira 10% daripada penduduk Rusia pada tahun 1917.
Penubuhan Parti Buruh Demokratik Sosial
:
o
Perkembangan dalam bidang ekonomi turut membawa kesan dalam bidang politik.
Parti-parti politik ditubuhkan seperti Parti Buruh Demokratik Sosial oleh
golongan pekerja yang kemudiannya dikenali sebagai Parti Komunis. Oleh kerana
perselisihan pendapat, maka parti ini berpecah kepada dua iaitu Mensheviks yang
dipimpin oleh Julius Martov dan Bolsheviks yang dipimpin oleh Lenin
Berlaku Demonstrasi / Rusuhan :
o
Demonstrasi diadakan di beberapa bandar yang disertai oleh golongan
pekerja, petani dan pemimpin parti-parti politik yang akhirnya membawa kepada
rusuhan ekoran polis kerajaan Tsar melakukan kekerasan terhadap penunjuk
perasaan.
Gerakan “ Tanah, Roti dan Keamanan ” :
o
Dengan bantuan Jerman, Lenin kembali ke Rusia. Lenin dan Bolsheviks meminta
“tanah, roti dan keamanan”. Tanah untuk diberikan kepada golongan petani
miskin manakala roti untuk diberikan kepada pekarja yang kelaparan. Keamanan
pula bermaksud untuk menamatkan penglibatan Rusia dalam Perang Dunia Pertama.
Bolsheviks berhasrat untuk menubuhkan kerajaan, khususnya untuk membela nasib
pekerja dan petani. Demonstrasi terbesar berlaku di ibu negara iaitu di
Petrograd, kini dikenali sebagai St.Petersburg. Walaupun Tsar telah melakukan
sedikit pembaharuan politik dengan menubuhkan Duma (Parlimen), namun Duma
mempunyai kuasa yang terhad.
Jerman dan Austria Hungary :
Keresahan Rakyat Bawahan :
o
Perang Dunia Pertama yang berterusan menimbulkan keresahan dalam kalangan
golongan bawahan seperti petani, pekerja dan tentera.
Tentangan Golongan Ahli Politik :
o
Penentangan terhadap peperangan juga timbul dalam kalangan ahli-ahli
politik walaupun sebelum ini mereka menyokong penglibatan kerajaan dalam Perang
Dunia Pertama.
Kaiser Wilhem II Turun Takhta :
o
Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang terumbang-ambing di samping keadaan
perang yang tidak menentu, Kaiser Wilhem II bersetuju untuk turun takhta dan
mendapat suaka politik di Belanda.
Kerajaan Republik Terbentuk :
o
Parti Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert telah membentuk sebuah
kerajaan republik yang dikenali sebagai Republik Weimer yang menggunakan
khidmat golongan tentera dan pentadbir lama untuk mengendalikan urusan negara
sehinggalah Adolf Hitler berkuasa pada tahun 1933 apabila semua pihak terpaksa
mengikut semua kemahuannya dalam usaha menguasai Eropah.
Dinasti Habsburg Tamat :
o
Kerajaan Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan apabila Dinasti
Habsburg ditamatkan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemberontakan yang
dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasainya seperti Czech, Pole,
Slovak, Finn dan Liithuania. Kejayaan pemberontakan tersebut telah menyebabkan
lahirnya negara-negara baharu seperti Czechoslovakia, Estonia, Finland,
Hungary, Latvia, Lithuania, Rumania dan Yugoslavia.
Kesan Ekonomi :
Berlaku Inflasi Dan Kekurangan Bekalan
Makanan :
o
Di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya masalah
inflasi dan terpaksa mengenakan catuan terhadap bahan makanan yang penting
seperti roti, kentang, susu dan daging sehingga menyebabkan rusuhan
anti-kerajaan pada tahun 1917 di Berlin dan Leipzip yang melibatkan hampir
300,000 orang pekerja.
o
Di Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh
kerana 4 juta buruh dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan
tersebut menyebabkan pengeluaran pertanian terus berkurangan.
Kejatuhan Nilai Mata Wang :
o
Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman iaitu Mark telah menjunam turun
hingga kurang daripada seperseratus daripada nilainya pada tahun 1914.
Pengeluaran industri Jerman juga terjejas. Pengeluaran arang batu dan besi
Jerman juga berkurangan daripada jumlah pengeluaran sebelum perang.
Sistem Pengangkutan Terganggu :
o
Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem
pengangkutan memberi kesan kepada tentera Rusia yang berada di medan peperangan
kerana bekalan gagal dihantar kepada pasukan yang memerlukan bantuan.
Penutupan Kilang/Kekurangan Bahan Bakar
:
o
Pemerintahan Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam belanjawan kerana
terpaksa mengagihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada
bidang ketenteraan. Lebih memburukkan keadaan ialah kesan perang yang
berterusan menyebabkan kilang yang ditutup semakin bertambah dan Rusia
menghadapi kekurangan bahan bakar yang serius.
Berlaku Mogok/Revolusi Rakyat :
o
Keresahan dalam kalangan masyarakat juga berlaku dan mogok yang melibatkan
3 juta pekerja terjadi pada tahun 1916. Keadaan seperti ini memudahkan rakyat
melancarkan revolusi terhadap pemerintahan Tsar.
Beban Hutang :
o
Pertempuran yang berlaku di utara Perancis menyebabkan keupayaan
pengeluaran Perancis merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli dan
63% bagi besi. Setelah perang tamat, Perancis terpaksa menanggung hutang luar
yang amat besar. Maka tidak hairanlah dalam Perjanjian Versailles, wakil
Perancis menuntut ganti rugi yang besar terhadap Jerman.
Amerika Syarikat Dan Jepun Menguasai
Pasaran Dunia :
o
Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Perkara
ini amat dirasai oleh negara-negara Eropah terutamanya Britain, sebuah negara
industri yang sebelum ini menguasai peratus perdagangan terbesar di dunia.
Perang Dunia Pertama menyebabkan Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan
luarnya.
Kesan Sosial :
Korban Nyawa dan Kecederaan :
o
Perang Dunia Pertama banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira 8.5 juta tentera
terkorban dan 12.5 juta orang awam terkorban. Dari segi harta benda pula,
peperangan ini mengakibatkan kemusnahan yang bernilai AS$ 36 760 juta. Britain
kehilangan 750,000 rakyatnya, iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya yang
berumur 45 tahun ke bawah manakala bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah 2
juta orang. Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta
tercedera. Angka ini melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelakinya yang cergas
dan ini merupakan satu kehilangan besar kepada Perancis. Tambahan pula,Perancis
mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang rendah.
Pencemaran Udara/ Bumi :
o
Pencemaran udara dan bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang
meluas dalam pertempuran sengit di Marne dan Somme.
rantau balkan tu maksud dia apa?
ReplyDeleteBalkan adalah nama yang digunakan untuk sebuah kawasan yang bersejarah dan secara geografi terletak di rantau tenggara Eropah.
ReplyDeleteada berapa negara dalam rantau balkan?
ReplyDeleterujuk dekat sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Balkan
DeleteTak faham pasal pakatan dengan perikatan tu apa perbezaan dia ?
ReplyDeletesama je cuma dua team yg berbeza,
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaustria hungary tu jajahan takluk ke apa?
ReplyDeleteempayar austria - hungary ni sebuah negara kesatuan dwi-monarki di Eropah Tengah . Negara ini ditubuhkan melalui Kompromi Austria-Hungary yang mengasaskan satu kesatuan monarki antara Empayar Austria dan Hungary dan menjadikan Maharaja Austria sebagai Maharaja-Raja empayar baru.
DeleteAustria dan Hungary mempunyai parlimen dan perdana menteri masing-masing . Mereka hanya mempunyai Maharaja-Raja, Menteri Luar Negeri dan Menteri Perang yang sama.Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, pewaris takhta Austria-Hungary pada 1914 telah menyebabkan Austria-Hungary menyerang Serbia dan memulakan Perang Dunia I. Empayar ini mengalami kekalahan teruk dalam perang ini dan terpaksa dibubarkan selepas perang.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete