Sunday, September 28, 2014

Dekolonisasi di India

Pengenalan


        Tahun                                             Corak Dekolonisasi                                Tokoh

      1900-1920                       -Gerakan dekolonisasi bercorak radikal         1. Lala Lajpat Rai
                                              -Berpendapat bahawa tindakan keras             2. B.G Tilak
                                                mampu mengusir British dari India              3. Bipin Chandra Pal

      1920-an                           Proses dekolonisasi bersifat lebih                   1. Shaukat Ali
                                               sederhana                                                        2. Maulana Abdul Kalam
                                              -Contoh: Melancarkan Gerakan Khilafat        3. Muhammad Ali
                                               iaitu memulaukansemua aktiviti yang
                                                dianjurkan olh pihak British


Penentangan Mahatma Gandhi
Pada tahun 1920-an, muncul seorang tokoh berwibawa di India iaitu Mahatma Gandhi. Bermula tahun 1920 hingga 1939, Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC). Beliau menekankan prinsip swadesi, satyagraha dan ahimsa.






INC mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat India sehingga menjadi sebuah parti yang kuat. Atasan desakkan orang India, kerajaan British telah menggubalAkta Majlis India dan Akta Montague-Chelmsford bagi mempersiapkan orang India ke arah berkerajaan sendiri. Walau bagaimanapun usaha ini gagal memenangi hati orang India.

Tindakan British memonopoli pengeluaran garam sehingga menyebabkan harga garam melambung tinggi menambahkan kemarahan orang India. Sebagai tanda protes, Mahatma Gandhi telah memimpin Perarakan Garam @ Perarakan Dandi.

British bertindak balas dengan mengharamkan INC dan pemimpin utama INC termasuk Mahatma Gandhi dipenjarakan. Mahatma Gandhi melancarkan mogok lapar di penjara ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan British iaitu;





British akhirnya mengalah kepada Mahatma Gandhi dengan membentuk Pakatan Poona iaitu mengagihkan 148 kerusi kepada kelas bawahan. Pada tahun 1935, British memperkenalkan Akta Kerajaan India yang antara lainnya memberikan peluang pilihan raya kepada penduduk India. Walau bagaimanapun, orang India masih tidak berpuas hati kerana Gabenor Jeneral dan Gabenor Wilayah [pegawai British] masih berkuasa penuh. 

Pada tahun 1937, INC menang besar dalam Pilihan Raya Umum India. Kekalahan LigaIslam menyebabkan pemimpinanya iaitu Muhamad Ali Jinnah menuduh INC hanya memperjuangkan kepentingan orang Hindu dan meminggirkan orang Islam. Muhamad Ali Jinnah kemudian bertindak menyeru penduduk Islam di Sind, Bengal dan Punjab bersatu di bawah Liga Islam. Tindakan ini merupakan titik tolak bermulanya idea penubuhan negara Pakistan. 

Pergeseran antara orang Hindu dengan orang Muslim menyebabkan Gabenor Jeneral India iaitu Lord Louis Mountbatten mengajak pemimpin INC dan Liga Islam berunding. Hasil rundingan memutuskan bahawa India mesti dibahagikan kepada 2[India dan pembentukan negara baru iaitu Pakistan] bagi mengelakkan pertelingkahan berterusan.  Usaha pemisahan ini telah mengorbankan ribuan nyawa.

Pada bulan Ogos 1947, British memberikan kemerdekaan kepada kedua-dua negara.Muhamad Ali Jinnah kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Jeneral  Pakistan yang pertama. Jawaharlal Nehru pula dilantik sebagai Perdana Menteri India yang pertama.



Kesimpulan

Peranan besar yang disumbangkan oleh Mahatma Gandhi melalui INC telah membuka jalan kepada kemerdekaan India. Dasar anti-kekerasan yang diamalkan oleh Mahatma Gandhi menjadikan British tidak mempunyai alasan kukuh untuk menolak perjuangan kemerdekaan orang India. Usaha dekolonisasi di India juga menyaksikan berlakunya perpecahan dalam kalangan pejuang kemerdekaan sehingga membawa kepada terbentuknya negara Pakistan.


PROSES DEKOLONISASI DAN PENGEMBALIAN KEDAULATAN YANG BERLAKU DI INDIA

Proses dekolonisasi bermaksud pembebasan tanah jajahan dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahan tersebut. Proses ini berlaku dengan pantas selepas Perang Dunia Kedua. Dekolonisasi melibatkan bekas tanah jajahan di merata tempat. Hal ini berlaku apabila Negara-negara Eropah mengalami kemerosotan ekonomi sehingga tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai tanah jajahan mereka selepas Perang Dunia Kedua. Desakan hebat daripada penduduk tempatan khususnya golongan intelek menyebabkan proses dekolonisasi terpaksa dipercepatkan.

Dekolonisasi di India pada tahun 1905 hingga 1918 dikenali sebagai tahap militant kerana munculnya gerakan bersifat radikal yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan penentangan terhadap British. Gerakan ini diketuai oleh B.G Tilak, Lala Lajpat Rai, Bipin Chandra Pal dan Aurobindo Ghosh. Mereka mencadangkan agar semua yang berkaitan dengan British dipulaukan seperti barangan, pendidikan, perkhidmatan kerajaan, undang-undang dan mahkamah. Namun, menjelang tahun 1920, usaha golongan militant tersebut gagal.

Pembabitan Turki dalam Perang Dunia Pertama turut memberi kesan kepada India dan masyarakat Islam menganggap Turki mewakili pemerintahan Islam. Oleh itu, masyarakat Islam di India menganggap musuh Turki juga musuh orang Islam. Gerakan Khilafat dilancarkan oleh Maulana Abul Kalam Azad Khan, Muhammad Ali dan Shaukat Ali untuk memulaukan semua aktiviti kerajaan dan penutupan premis perniagaan. Pemimpin-pemimpin Gerakan Khilafat mendakwa bahawa India bukanlah Negara Islam dan menyebabkan 500 000 hingga dua juta masyarakat Islam berhijrah ke Afghanistan.

Perjuangan penduduk India bercorak sederhana selepas Perang Dunia Pertama tetapi masih enggan bekerjasama dengan British. Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) dan menukar INC daripada sebuah parti elit kepada gerakan massa yang mewakili semua lapisan masyarakat. Tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi ialah satyagraha, ahimsa dan swadesi. Prinsip swadesi ialah berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Mahatma Gandhi menyarankan agar masyarakat India bersatu memulau barangan dari Eropah dan Britain.

Prinsip satyagraha bererti berpegang kepada kebenaran. Melalui prinsip ini, Mahatma Gandhi menyarankan agar bangsa India terus memperjuangkan kemerdekaan yang dibenarkan dalam sistem demokrasi. Mahatma Gandhi merupakan seorang pejuang antikekerasan kerana menurut beliau, kekerasan tidak mampu menyelesaikan masalah. Manakala,dalam prinsip ahimsa, mogok lapar merupakan salah satu cara penentangan . Tindakan Mahatma Gandhi memaksa British memberikan kemerdekaan kepada India pada tahun 1947.

Mahatma Gandhi yang beragama Hindu mengkritik amalan kasta dalam agama Hindu yang dipaparkan dalam akhbar Young India dan Navajivan. Hal ini menyebabkan golongan militant tidak berpuas hati dengan Mahatma Gandhi dan membawa kepada pembunuhan beliau oleh Nathuram Ghose. Amalan kasta yang dikritik oleh Mahatma Gandhi menarik perhatian rakyat India dengan isu Harijan atau golongan yang tidak boleh disentuh. Beliau menekankan bahawa amalan tersebut harus dihapuskan. Beliau turut mengambil seorang gadis Harijan sebagai anak angkatnya.

Beberapa akta digubal untuk mempercepatkan rakyat tempatan memerintah India. Antaranya, termasuklah Akta Majlis India (1909) dan Akta Montague-Chelmsford. Perarakan Garam atau Perarakan Dandi diadakan oleh Mahatma Gandhi kerana British memonopoli pengeluaran garam dan menaikkan harga garam yang secara tradisinya dihasilkan oleh rakyat tempatan. Oleh itu, British telah menahan dan memenjarakan pemimpin-pemimpin INC termasuk Mahatma Gandhi dan INC diisytiharkan tidak sah.

Persidangan Meja Bulat diadakan di London tetapi gagal mencapai kata sepakat. Kemudiannya, British bekerjasama dengan INC dan menganjurkan Pakatan Gandhi-Irwin pada tahun 1931. Gandhi bersetuju membatalkan kempen melanggar perintah awam dan sebagai balasan, pihak British akan menarik balik segala tindakan kekerasan dan memberi jaminan untuk membebaskan nasionalis yang ditahan. Persidangan Meja Bulat Kedua diadakan dan Gandhi yang menghadiri persidangan tersebut merasakan pegawai-pegawai British berdolak-dalik dalam memberi kuasa mentadbir Negara sendiri kepada orang India.

British mendakwa Mahatma Gandhi gagal meyakinkan British dalam usaha menyelesaikan masalah perpaduan rakyat India dan sikap British ini mengecewakan Mahatma Gandhi. Hal ini menyebabkan Mahatma Gandhi menjalankan semula gerakan menentang British dan beliau ditahan sekali lagi. British bertindak dan memburukkan lagi keadaan dengan pengumuman Anugerah Perkauman yang menindas rakyat India dari kelas bawahan. Pakatan Poona diperkenalkan pada tahun 1932 berjaya menghentikan Mahatma Gandhi daripada terus mogok lapar di penjara. Persidangan Meja Bulat Ketiga diadakan dan Akta Kerajaan India 1935 diperkenalkan.

Dalam pilihan raya umum pada tahun 1937, INC menang besar di lapan wilayah manakala Liga Muslim menguasai tiga kawasan sahaja yang menyebabkan Liga Muslim mendakwa bahawa INC hanya memperjuangkan nasib orang Hindu dan mencipta slogan “Islam Dalam Bahaya” untuk meraih simpati. Di sinilah idea penubuhan Pakistan diperjuangkan dan mendapat sokongan sebilangan rakyat yang ditunjukkan dalam kemenangan Liga Muslim dalam pilihan raya umum pada tahun 1945 dan 1946. Parti INC dan Liga Muslim dipilih mewakili India dalam rundingan kemerdekaan India dengan pihak British.

Isu pertikaian Hindu dan Islam tidak dapat dibendung lagi. Gabenor Jeneral India, Lord Louis Mountbatten bersama pemimpin INC dan Liga Muslim mencapai satu kata sepakat. Oleh itu, rancangan pemisahan India untuk penganut Hindu dan Islam dilaksanakan. Secara ringkasnya, orang Islam memasuki Pakistan dan orang Hindu memasuki India yang mencatatkan penghijrahan besar. Proses penghijrahan tersebut melibatkan ribuan orang terkorban dan berlaku pertumpahan darah. Era penjajahan bagi kedua-dua Negara iaitu Pakistan dan India berakhir pada Ogos 1945 apabila kedua-dua Negara menjadi Negara bebas berdaulat.

Muhammad Ali Jinnah memegang jawatan sebagai Gabenor Jeneral Pakistan dan Jawaharlal Nehru menjadi Perdana Menteri India yang pertama. Lord Louis Mountbatten diminta meneruskan tugasnya sebagai Gabenor Jeneral India.

Pelbagai pihak telah mengambil langkah inisiatif untuk membebaskan India daripada penjajahan British. Perjalanan ke arah mendaulatkan India menempuh ranjau disebabkan pihak British sengaja melengah-lengahkan pemberian kemerdekaan dengan mengenakan pelbagai peraturan seperti Akta Majlis India (1909) dan Anugerah Perkauman (1932). Bagaimanapun, usaha membebaskan diri daripada belenggu penjajahan terjejas kesan konflik antara orang Hindu dan orang Islam yang akhirnya membawa perpecahan India kepada dua Negara iaitu India dan Pakistan.







Thursday, September 25, 2014

Dekolonisasi di China


Oleh : Noorain Shahirah binti Abd Halim  / 6PS1A



Dekolonisasi mula berkembang secara perlahan sejak Perang Dunia Pertama, selepas  bekas tanah jajahan imperialis Barat selepas mencapai kemerdekaan. Bagaimanapun, proses dekolonisasi berlaku dengan pantas selepas Perang Dunia Kedua. Selepas perang berakhir, kedudukan ekonomi Negara-negara Eropah merosot sehingga mereka tidak mampu untuk menjaga tanah jajahan mereka. Oleh itu, mereka telah melakukan dekolonisasi,iaitu membebaskan tanah jajahan dengan memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan tersebut. Dekolonisasi di China berbeza dengan di India. Di China, sebahagian rakyat  menganggap kerajaan Ch’ing sebagai orang asing kerana berketurunan Manchu. Perang saudara juga turut berlaku antara Parti Komunis China (PKC) dengan Koumintang melibatkan perbezaan idealogi.
Jumlah penduduk China merupakan yang teramai di dunia dan keluasan wilayahnya hampir sama luas dengan Rusia. China telah dicerobohi oleh penjajah Barat dan Jepun. Usaha mendaulatkan China dimulakan oleh Kang Yu-Wei pada tahun 1898 iaitu reformasi 100 hari. Beliaumahu menyamakan pentadbiran China dengan pentadbiran Barat. Rakyat China juga mulai sedar tentang bahawa sistem raja berpelembagaan di Jepun lebih kukuh daripada system monarki apabila Jepun mampu mengalahkan Rusia. Walaupun golongan cerdik pandai menyarankan agar dikaji pentadbiran  Barat  dan Jepun, namun pihak kerajaan tidak mengendahkannya. Hal ini telah menyebabkan rakyat berasa bosan dan kecewa dengan kerajaan Ch’ing lalu menyokong gerakan revolusi yang dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen.
Atas galakan penuntut-penuntut China di Jepun, Dr Sun Yat Sen telah mula memikirkan usaha untuk menubuhkan parti revolusi. Beliau telah mengemukakan tiga prinsip bagi menegakkan Negara China moden. Prinsip-prinsip tersebut ialah nasionalisme, demokrasi dan sosialis. Beliau juga turut dilantik menjadi pengerusi apabila Tung Meng Hui ditubuhkan.pada tahun 1905. Antara ahli yang terlibat ialah terdiri daripada  penuntut, pegawai tentera, dan golongan sasterawan. Dr Sun Yat Sen telah melakukan pelbagai siri revolusi untuk menggulingkan kerajaan Manchu tetapi menghadapi kegagalan.
Revolusi 1911 berlaku secara tidak sengaja. Hal ini terjadi apabila sebutir bom telah meletupkan landasan kereta api di Wuchang yang berhampiran ibu pejabat pihak revolusi. Pihak revolusi membalas tindakan tersebut da akhirnya mereka mendapat Hanyang dan Hankow. Hal ini turut menyebabkan wilayah-wilayah lain turut mengisytiharkan kemerdakaan mereka.. Apabila Dr Sun Yat Sen kembali dari luar negara, beliau turut menyertai bersama pemimpin revolusi lain telah menubuhkan kerajaan Republik China. Malah beliau turut dilantik menjadi presiden sementara, maka mereka tidak lagi bernaung di bawah pemerintahan Dinasti Ch’ing.
Yuan Shih Kai telah diberi kuasa  dan dilantik untuk mengetuai tentera darat dan tentera laut oleh kerajaan. Hal ini disebabkan kerajaan masih berhasrat untuk memerintah China. Tentera yang dipimpin oleh beliau sangat kuat serta memiliki kewangan yang kukuh. Hal ini membantu mendapatkan kembali Hanyang dan Hankow. Perkara ini telah mendorong pemimpin revolusi untuk  mengadakan rundingan dengan Yuan Shih Kai dan bersepakat melantik beliau menjadi presiden sementara Republik China. Bagi menggerakkan demokrasi, pilihan raya telah diadakan melalui dua dewan iaitu Dewan Tertinggi dan Dewan Rendah.
Pada Disember 1912, Tung Meng Hui telag ditukar nama kepada Koumintang (KMT) . Dalam pilihan raya KMT  telah menang besar. Yuan Shih Kai tidak mahu kuasanya dicabar lalu membunuh tokoh utama KMT iaitu Sung Chiao Jen dan mengharamkan KMT. Dr Sun Yat sen kembali ke China dan menyusun semula KMT selepas kematian Yuan Shih Kai pada 6 Jun 1916. Permintaan  Dr Sun Yat Sen kepada kuasa-kuasa Barat untuk menyokongnya ditolak meyebabkan beliau meminta bantuan Rusia. Micheal Borodin di hantar  oleh Rusia untuk menguruskan bantuan kepada China . Chiang Kai-shek dilantik menjadipengetua maktab latihan ketenteraan di Wuchang.
Deklarasi Sun-Joffe 1923, menyebabkan PKC bergabung dengan  KMT dan terbentuklah  Barisan Bersatu. Apabila Dr Sun Yat Sen meninggal dunia KMT bepecah kepada dua iaitu prokomunis  (Wing Ching Wei) dan antikomunis  (Chiang Kai-shek). Chiang Kai-shek telah menentang hulubalang dan menyatukan KMT. Selain itu, beliau turut melancarkan kempen antikomunis di China malah telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap ahli komunis.
Hubungan antara KMT dan PKC berjaya dipulihkan apabila Jepun menyerang. Semasa menentang Jepun hanya KMT sahaja yang berjuang dan menyebabkan KMT menyerang PKC. Oleh kerana tidak mampu mempertahankan kubunya Mao Tze Tung talah memulakan Long March (Perjalanan Jauh). Banyak nyawa yang terkorban semasa peristiwa ini iaitu daripada 80000 orang hanya 20000 orang sahaja yang selamat sampai ke Shensi. PKC telah memenangi hati rakyat semasa mereka mendekati golongan petani dan rakyat China hanya memahmi dua perkara; pembebasan China daripada imperialis asing dan tekanan daripada tuan tanah. Slogan nasionalisme untuk menentang Jepun mendapat sokongan penduduk tempatan.
Chiang Kai-shek dan Mao Tze Tung telah dinasihatkan oleh Duta Amerika  supaya mengelakkan perang saudara. Masalah timbul apabila KMT menginginkan kerajaan republik dengan presiden berkuasa penuh manakala PKC mahukan kerajaan berbentuk kabinet. KMT telah membelot dengan melantik Chiang Kai-shek sebagai presiden Republik China tanpa rundingan dengan PKC dan parti lain. Peperangan tecetus tetapi dimenangi oleh KMT. Walaubagaimanapun, ramai golongan petani menyertai PKC kerana kepercayaan yang diperolehi sebelum perang. Justeru bagi menghapuskan imperialisme, rakyat China telah menuduh KMT bersubahat dengan penjajah Barat. Akhirnya PKC memenangi perang saudara. Chiang Kai-shek dan ahlinya berundur ke Taiwan.
Perjuangan rakyat China dalam mengembalikan kedaulatan dan kemerdekaan negara melalui jalan yang cukup sukar. Hal ini kerana, perjuangan mereka melibatkan pertumpahan darah sesama sendiri. Perbezaan ideologi juga turut mempengaruhi perjuangan serta  keadaan geografi yang luas menyukarkan penyatuan negara dan rakyat.

Tuesday, September 23, 2014

PERANG DUNIA KEDUA

PERANG DUNIA KEDUA
Oleh : Nur Amirah bt Abd Rani

Perang Dunia kedua berlaku selepas 20 tahun tamatnya perang dunia pertama. Perang ini berlaku antara tahun 1933 hingga tahun 1945. Perang dunia kedua melibatkan dua pakatan iaitu , pakatan berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat , Britain , Perancis dan Rusia . Pakatan yang lagi satu ialah pakatan paksi yang dianggotai oleh Jerman , Jepun dan Itali. Perang dunia kedua dilihat lebih menyeluruh berbanding perang dunia pertama dimana sewaktu perang dunia pertama hanya melibatkan negara-negara eropah , manakala dalam perang dunia kedua melibatkan negara Asia , Eropah , Afrika , dan Kepulauan Pasifik.

SEBAB MELETUSNYA PERANG DUNIA KEDUA
A . PERTEMBUNGAN IDEOLOGI DEMOKRASI MENENTANG FASISME DAN NAZISME

Pada pertengahan tahun 1920-an dan awal 1930-an , muncul ideologi fasisme dan nazisme di Eropah dan mencabar negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Fasisme dikaitkan dengan Benito Mussolini yang menjadi diktator itali antara tahun 1922 hingga tahun 1943. Nazisme pula muncul di Jerman pada lewat 1920-an dan menjadi ideologi negara setelah Adolf Hitler menguasai Jerman pada tahun 1933. Fasisme memberi keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu. Benito Mussolini menubuhkan satu pasukan tentera khas bagi menghapuskan semua tentangan serta mengukuhkan kedudukan nya sebagai seorang ketua parti dan ketua negara. Fasisme menekankan dasar perluasan wilayah. Imperialisme yang dilakukan oleh Benito Mussolini bertujuan mengukuhkan fasisme. Beliau menakluk Habysah di Afrika , satu tindakan yang mendapat tentangan dan kecaman antarabangsa termasuk liga bangsa. Benito Mussolini berhasrat menguasai kawasan laut tengah termasuk Albania dan tanah jajahan perancis di afrika utara. Rancangannya itu akan berjaya sekiranya itali mampu mengalahkan Britain dan perancis yang turut sama mempunyai kepentingan di awasan tersebut. Dasar imperialisme itali dilihat kurang berkesan dan tidak berjaya.

Adolf Hitler telah dilantik sebagai canselor iaitu perdan menteri pada tahun 1933 , yang mempunyai tentera peribadi iaitu tentera nazi dan telah mengetepikan perlembagaan dengan menumpaskan semua tentangan dalam negeri dan melantik dirinya sebgai diktator Jerman sehingga tahun 1945. Nazisme juga mengutamakan kepentingan negara , mengagungkan bangsa Jerman iaitu bersifat anti-yahudi dan anti-slav dan menyatukan negara jerman yang berselerak di kawasan eropah tengah dan timur. Bagi nazisme Eropah tengah dan eropah timur merupakan kawasan penting bagi bangsa dan negara jerman. Orang jerman perlu berhijrah ke kawasan baru seperti di balkan bagi mengusahakan pertanian sekaligus menguasai bangsa slav.

B. KELEMAHAN PERJANJIAN VERSAILLES

Perjanjian versailles menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin negara terutamanya jerman. Adolf hitler telah melanggar perjanjian tersebut. Pada tahun 1935 , hitler telah mengumumkan pembentukan tentera udata jerman. Seminggu selepas itu , jerman memperkenalkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera yang mempunyai seramai 500 000 orang anggota . Pada 1936 jerman menawan kembali daerah saar dan rhineland yang diserahkan kepada perancis. Pada tahun 1938 , adolf hitler memasukkan austria ke dalam jerman walaupun tindakan tersebut dilarang dalam perjanjian versailles . Adolf hitler beralih ke poland , britain dan perancis memberi jaminan akan membantu sekiranya diserang oleh Jerman. September 1939 , jerman menyerang poland, britain dan perancis mengisytiharkan perang dengan jerman. Dengan itu bermula perang dunia kedua. Walaubagaimanapun , perjanjian versailles tidak memusnahkan negara jerman namun hanya dilemahkan sementara waktu sahaja. Adolf hitler melalui parti sosialis berjaya mengatasi masalah pengganguran dan memulihkan keadaan ekonomi yang teruk pada masa itu . Beliau juaga meulihkan semangat rakyat jerman dengan menghapuskan syarat-syarat perjanjian versailles. Rakyat jerman menyokong adolf hitler. Itali jugak tidak menyokong dan tidak berpuas hati dengan perjanjian versailles.


C. DESAKAN EKONOMI

Peluang keemasan ini digunakan oleh jerman untuk mengukuhkan kedudukan nya sebagai sebuah negara yang kuat di eropah. Situasi ini juga dan dasar agresif yang dilaksanakan oleh jerman merupakan ancaman kepada negara lain terutamanya britain. Kemelesetan ekonomi yang berlaku menyebabkan adolf hitler menjadi kebanggaan.

D. SIKAP NEGARA-NEGARA YANG TERLIBAT

Amerika syarikat mula menonjolkan diri dan keluar dari dasar pemencilan yang dilaksanakan sejak sekian lama. AS sangat tergugat dengan dasar perluasan yang dilaksanakan oleh jepun dan curiga dengan sikap Britain. Jepun cuba bersaing untuk menguasai perdagangan di china. Britain sedar mereka tidak dapat mengalahkan jepun sekiranya mereka berperang di asia kerana jumlah tentera di asia lebih ramai berbanding askar britain. British sanggup bersekongkol dengan jepun dan menyatakan kesediaan soal pembahagian keuntungan yang diperolehi. Britain juga mahu menjaga kepentingan ekonominya di china. Jepun ingin menakluk asia kerana ingin memiliki logam dan minyak dan tidak lagi mahu bergantung dengan AS.

SEBAB MELETUSNYA PERANG DUNIA KEDUA DI ASIA
A. NASIONALISME MELAMPAU (ULTRANASIONALISME)

Kita ikki merupakan seorang pelampau yang mempelopori aliran baharu nasionalisme di jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula negara jepun oleh tentera atas nama maharaja perlu dilaksanakan. Beliau menolak amalan demokrasi dalam amalan rasuah. Aliran ini menyebabkan berlakunya pergeseran antara parti pemerintah dengan golongan tentera.



B. KEMELESETAN EKONOMI

Kemelesetan ekonomi dunia pada 1929 menyebabkan golongan petani dan rakyat jepun dibebani masalah kemiskinan. Petani yang tidak berpuas hati akhirnya telah menyatakan sokongan kepada tentera. Pada tahun 1936 , golongan tentera memberontak dan berjaya menguasai kerajaan. Kerajaan jepun akhirnya mempersiapkan diri menghadapi peperangan.

Dasar pemodenan meiji berjaya memacu ekonomi jepun sehingga menjadi negara industri yang kuat. Bagi mendapatan bekalan bahan mentah dan pasaran , jepun telah melaksankan dasar imperialisme. China dan manchuria menjadi sasaran jepun. Belanda , britain , AS dan perancis bimbang dasar imperialisme jepun ke kawasan lain seperti indo-china dan asia tenggara menjejaskan kepentingan mereka.

C. KESELAMATAN NEGARA

Kebangkitan jepun sebagai sebuah kuasa ekonomi pada penghujung abad ke-19 dan dasar imperialisme yang dijalankan menyebabkan jepun berdepan tekanan kuasa barat seperti AS , britain , dan rusia. Yoshida shoin , iaitu tokoh intelek jepun menegaskan bahawa jepun perlu memperkukuhka pertahanan nya.

Yamagata arimoto iaitu salah seorang pemimpin kerajaan meiji dan juga pengasas tentera jepun moden mempertengahkan konsep garis kepentingan negara yang merujuk kepada kawasan persempadanan atau berhampiran dengan jepun dianggap mempengaruhi keselamatan jepun. Oleh itu , garis kepentingan negara ini wajar diperkukuhkan. Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan jepun cuba meluaskan garis kepentingan negara dengan menyerang rusia , korea , china , manchuria , indo-china dan asia tenggara.



KESAN PERANG DUNIA KEDUA

Muncul 2 bentuk kuasa besar baharu iaitu AS dan soviet union yang berada dalam satu pakatan yang sama semasa perang dunia kedua. Persaingan kedua-dua kuasa ini dalam kancah perang dingin menyebabkan dunia turut berpecah kepada 3 kawasan iaitu negara-negara pro-AS , negara-negara pro-soviet union , dan negara-negara berkecuali. Eropah terbahagi kepada dua blok , iaitu eropah timur yang pro-komunis dan eropah barat yang pro-demokrasi. Jermah terbahagi kepada dua dan tembok berlin memisahkan di bawah pengaruh komunis ( jerman timur ) dan pengaruh demokrasi ( jerman barat). PBB ditubuhkan secara rasmi pada 1945 , iaitu selepas perang dunia kedua apabila liga bangsa dibubarkan setelah gagal mengawal daripada berlaku nya perang dunia kedua. Selepas tahun 1945 , britain hampir bankrap dari segi ekonomi. British memberikan kemerdekaan kepada india pada tahun 1947 dan 1948 kepada myanmar dan sri lanka. Selepas menyerah kalah , jepun telah diduduki oleh pihak bersekutu . Pentadbiran ini dikenlai sebagai supreme commander for the allied powers ( SCAP) yang dipimpin oleh jeneral Douglas Mac Arthur. Pembubaran angkatan tentera jepun merupakan objektif utama SCAP  menjelang bulan disember 1945 , angkatan tentera darat , laut , dan udara jepun telah dibubarkan.




Sunday, September 21, 2014

4.4 PERHUBUNGAN LUAR SOVIET UNION DAN AMERIKA SYARIKAT


  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( United Nation )
  • Oleh : Nurul Shahira Bt Mat Arzaman 
Pengenalan
  1. Kelemahan dan kegagalan Liga Bangsa jelas terserlah dengan tercetusnya Perang Dunia Kedua.
  2. Pihak Berikat yang memenangi Perang Dunia Kedua  merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa baharu demi memelihara keamanan dan keselamatan dunia.
  3. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) dituuhkan pada Oktober 1945.
  4. Berdasarkan analisis kelemahan dan kegagalan Liga Bangsa, PBB ditubuhkan selepas tamat Perang Dunia Kedua.
  5. PBB mempunyai struktur organisasi, prinsip dan matlamat serta susunan keahlian yang lebih mantap berbanding dengan Liga Bangsa.
  6. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, Amerika Syarikat.
  7. PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak tahun 1946.
sila rujuk untuk maklumat lebih lanjut
 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersat

 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pihak_Berikat

Asal usul PBB 

  1. Pada asalnya, PBB dikenali sebagai Perikatan Bangsa-Bangsa Bersatu.
  2. Perikatan ini disertai oleh 26 buah negara yang menyebelahi Kuasa Berikat dalam perjuangan menentang Kuasa Paksi (rujuk) semasa Perang Dunia Kedua.
  3. Pada 1 Januari 1942, Deklarasi Perikatan Bangsa-Bangsa Bersatu ditandatangani di Washington.
  4. Deklarasi tersebut menerima Piagam Atlantik (rujuk) yang diisytiharkan oleh Amerika Syarikat dan Britain pada 14 ogos 1941.
  5. Mengikut Piagam Atlantik, tujuan utama negara-negara yang menentang Kuasa Paksi adalah untuk: mewujudkan keamanan di seluruh dunia dan menjalinkan kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi.
  6. Pertemuan pertama bagi membentuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diadakan di Dumbarton Oaks, Amerika Syarikat bermula 21 Ogos hingga 7 Oktober 1944.
  7. Pertemuan ini dihadiri oleh pakar-pakar diplomasi daripada empat kuasa besar iaitu: Amerika Syarikat , Britain , Rusia , China .
  8. Cadangan-cadangan yang dikemukakan di Dumbarton Oaks dijadikan asas bagi penggubalan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.
  9. Cadangan pembentukan PBB disahkan oleh Amerika Syarikat, Britain, dan Rusia di Persidangan Yalta (rujuk) pada bulan Februari 1945.
  10. Draf Piagam PBB telah diperbincangkan dan dipersetujui oleh wakil 51 buah negara dalam Persidangan di San Francisco pada 25 April hingga 25 Jun 1945.
  11. Persidangan ini merupakan persidangan antarabangsa yang pertama tidak didominasi oleh kuasa-kuasa Eropah.
  12. Persidangan ini disertai oleh sembilan kuasa Eropah selain Soviet Union.
  13. Persidangan ini turut disertai oleh negara yang dianggap musuh oleh Kuasa Berikat, iaitu Itali, jerman, Jepun, Hungary, Austria, Romania, Bulgaria, Finland, dan Thai.
  14. Lapan buah negara yang dianggap negara berkecuali turut menyertai persidangan ini, iaitu Switzerland, Sepanyol, Portugal, Sweden, Ireland, Afghanistan, Iceland, dan Yemen.
  15. Pada 26 Jun 1945 , 51 buah negara telah menandatangani Piagam PBB di San Francisco.
  16. PBB mula beroperasi secara formal pada 24 Oktober 1945.
  17. Ahli baharu diterima masuk dengan sokongan daripada: Majlis Keselamatan dan Persetujuan dua pertiga ahli majlis Perhimpunan Agung
  18. Sehingga oktober 1991, PBB mempunyai 166 anggota.
sila rujuk untuk maklumat lebih lanjut

Matlamat dan Prinsip PBB 
  1. Matlamat asas PBB ialah:

    a) mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa;
    b) mewujudkan hubungan persahabatan dalam kalangan negara antarabangsa;
    c) menyelesaikan masalah sosial, ekonomi, kebudayaan, dan  kemanusiaan antarabangsa ;
    d) menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi, sosial, dan kebudayaan;
    e) melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama ;
    f) mencegah peperangan ;
    g) membaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia ;
    h) menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa.
  2. Prinsip yang menjadi asas kepada hubungan persahabatan dalam kalangan negara.

    a) prinsip persamaan hak
    b) prinsip menentukan nasib sendiri
    c) prinsip kerjasama antarabangsa
    d) prinsip kedaulatan sama rata
  3. Prinsip-prinsip ini termaktub dalam artikel 2, Piagam PBB (rujuk) 
  4. PBB juga diasaskan berteraskan prinsip kedaulatan sama rata dalam kalangan anggotanya.
  5. PBB tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalam sesebuah negara kecuali untuk tujuan melaksanakan keputusan PBB.
  6. Sebarang konflik antarabangsa harus diselesaikan secara aman tanpa penggunaan kekerasan yang bertentangan dengan matlamat PBB.
Badan-badan Utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
  1. Terdapat enam badan utama dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu :

    a) Perhimpunan Agung
    b) Majlis Keselamatan
    c) Majlis Ekonomi & Sosial
    d) Mahkamah Keadilan Antarabangsa
    e) Majlis Amanah
    f) Sekretariat
  2. Peranan badan-badan tersebut adalah seperti berikut:

sila rujuk untuk maklumat lebih lanjut

Pencapaian PBB                                                                                                                                      

Kemerdekaan wilayah jajahan

  1. PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan.
  2. Menurut Artikel 73, Piagam PBB, (rujuk)  negara-negara anggota PBB yang diamanahkan untuk mentadbir wilayah jajahan harus memastikan perkara berikut:
    a) penduduk wilayah mendapat layanan saksama;
    b) mendapat perlindungan daripada keganasan;
    c) menggalakkan pemerintahan sendiri.
  3. Pada tahun 1947, jawatankuasa untuk menangani kemerdekaan wilayah jajahan ditubuhkan.
  4. Maklumat yang diperoleh oleh jawatankuasa tersebut berkaitan dengan kemerdekaan wilayah jajahan adalah seperti berikut

    tahun                         bilangan wilayah yang menghadapi masalah         jumlah penduduk
                                                           kemerdekaan
    1947                                                      74                                                      215 000 000
    1956                                                      55                                                      115 000 000
  5. Pada tahun 1960, Majlis Perhimpunan Agung PBB meluluskan perisytiharan tentang pemberian kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk yang terjajah yang dikemukan oleh 43 buah negara Afro- Asia.
  6. Pada tahun 1961, jawatankuasa khusus yang dikenali sebagai Special Committee on Decolonization (rujuk) ditubuhkan.
Masalah pelarian
  1. PBB juga memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian.
  2. Pada peringkat awal, PBB telah menubuhkan International Refugee Organization (IRO) bagi menempatkan semula, menghantar pulang, dan memberi perlindungan kepada lebih 1 000 000 pelarian.
  3. Bagi mengatasi masalah pelarian, PBB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian di negara-negara tertentu.
  4. Pada tahun 1952, Un High Commissioner Refugees (UNHCR) ditubuhkan untuk menanganimasalah pelarian dengan lebih berkesan.
Dasar Aparteid
  1. Pada tahun 1961, majlis Perhimpunan Agung PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah aparteid, iaitu amalan menyisihkan kaum kulit hitam daripada kaum kulit putih .
  2. PBB menyarankan semua negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan
  3. Pada tahun, 1963, Majlis Perhimpunan Agung meluluskan Perisytiharan Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Rax.
Hak Asasi Sejagat
  1. Pada tahun 1948, PBB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.
  2. Pada tahun 1966, Majlis Perhimpunan PBB meluluskan dua perjanjian yang berhubung kait dengan hak asasi sejagat, iaitu:
    a) Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Awam dan Politik
    b) Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan.
Menangani Konflik Antarabangsa
  1. Majlis Keselamatan PBB memain kan peranan dalam menyelesaikan konflik dengan aman
  2. Pada tahun 1946, Majlis Keselamatan berjaya mengundurkan tentera Soviet Union dari utara Iran.
  3. Pada tahun 1956, Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.
  4. menjelang tahun 1960-1962, PBB menghantar pasukan pendamai ke wilayah Congo.
  5. Pada tahun 1964-1974, PBB memainkan peranan dalam mengawal persengketaan di Cyprus daripada merebak.
Bantuan Kewangan dan ekonomi
Membantu Negara Mangsa Perang 
  1. PBB turut memberi sumbangan dengan membantu negara-negara mangsa perang selepas Perang Dunia Kedua.
  2. Dalam hal ini, PBB melalui agensinya < Program bantuan dan Pembangunan Semula PBB ( Un Relief and Rehabilitatioan  Administration) telah membantu negara-negara ini.
  3. Pada peringkat awal, usaha PBB ini tertumpu kepada negara-negara skutu blok Barat.
  4. PBB juga turut membnatu negara-negara magsa perang di Asia, Timur Jauh, Amerika Latin, dan Afrika.
  5. Antara agensi-agensi PBB yang memainkan perana dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa peperangan adalah FAO, UNICEF, dan WHO.
  6. PBB memberikan bantuan perkhidmatan kebajikan kepada mangsa peperangan bagi memastikan kualiti kehidupan masyarakat terpelihara.
Pembangunan Negara Mundur
  1. PBB juga menyediakan pinjaman untuk pembangunan bagi negara-negara mundur.
  2. Bagi tujuan tersebut, PBB telah menubuhkan International Development Association (IDA) sebagai badan gabungan Bank Dunia.
  3. IDA diberi kuasa untuk membiayai projek yang memberi sumbangan kepada kemajuan wilayah.
  4. Majlis Ekonomi dan Sosial memainkan peranan dalam mengumpul data tentang kemajuan sosial dan ekonomi antarabangsa.
  5. Data yang dikumpulkan digunakan dalam perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan di negara-negara membangun.
Perebutan Pulau
  1. PBB juga berusaha menangani isu perebutan pulau agar ketengagan antara negara yang terlibat dapat dikurangkan.
  2. PBB memainklan peranan dalam isu tuntutan Kepulauan Spratly oleh China, Taiwan, Vietnam, Filipina, dan Malaysia.
  3. PBB menyelesaikan masalah tersebut dengan melaksankan Undang-undang Laut yang diluluskan oleh Majlis Perhimpunan agung pada November 1994.
Perlumbaan Senjata
  1. PBB berusaha mengawal perkembangan persenjataan moden yang mengancam keselamatan dunia.
  2. PBB mengambil langkah untuik menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.
  3. Antara kejayaan yang dicapai oleh PBB adalah:
    a) mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat mengundurkan perluru berpandu masing-masing dalam krisis di Cuba;
    b) mempengaruhi pihak-pihak yang terlibat dalam peperangan Iraq-Iraq untuk mencapai gencatan senjata.
    c) mengenakan sekatan ekonomi dan menghentikan bantuan kewangan kewangan kepada Pakistan kerana menjalankan ujian bom nuklear semasa persengketaan antara India dan Pakistan untuk merebut wilayah Kashmir.

Thursday, September 18, 2014

4.2 PERANG DUNIA PERTAMA

4.2 PERANG DUNIA PERTAMA

PENGENALAN

                 Perang dunia pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam kalangan negara negara Eropah.Negara negara eropah yang terlibat dalam negara Jerman ialah Britain,Rusia,Perancis,Austria Hungray ,Serbia,Itali ,Belgium dan Turki. Perang ini melibakan dua pihak iaitu Triple Allince(perikatan tiga kuasa) dan Triple Entete (pakatan tiga kuasa). Akhirnya Triple Entete yang dipimpin Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai Jerman.


SEBAB MELETUSNYA PERANG INI?

                     Kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan negara-negara Eropah telah menjadi salah satu sebab meletusnya Perang Dunia Pertama. Sistem pakatan ini telah menyebabkan dunia Eropah terbahagi kepada 2 kuasa iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) yang diketuai oleh Jerman dan disertai oleh Austria-Hungary, Turki dan Bulgaria. Manakala Triple Entente (Pakatan Bertiga) pula diketuai oleh Rusia yang turut disertai oleh Perancis, Britain, Itali, Serbia, Romania dan Greece.  Tujuan pakatan ini ialah untuk menyekat mana-mana kuasa atau blok menjadi lebih kuat daripada lawannya. Selepas tahun 1870, sistem ini berjaya menghalang meletusnya peperangan dalam kalangan negara-negara Eropah sehingga tahun 1900. Sistem pakatan ini tidak lagi sesuai pada abad ke-20 disebabkan oleh wujudnya persaingan negara-negara Eropah untuk mendapat pengaruh di rantau Balkan setelah runtuhnya Empayar Turki Uthmaniyah, tindakan Jerman membesarkan tentera lautnya yang menimbulkan kebimbangan Britian dan tibdakan Perancis menggunakan bantuan Rusia dengan cara peperangan untuk mendapatkan semula Alsace-Lorraine . Keadaan ini menyebabkan wujudnya ketidakstabilan politik yang berterusan di Eropah. Pergolakan yang berlaku antara tahun 1911 hingga 1914 di negara-negara Balkan yang bebas daripada penguasaan Turki jelas menonjolkan kegagalan sistem pakatan sebagai satu cara mengawal negara-negara berdaulat dalam hubungan antarabangsa.   Selepas tahun 1908, sistem pakatan ini tidak bermakna lagi apabila negara seperti Serbia yang disokong Rusia begitu bebas bertindak dengan menggunakan ketenteraan, tindakan Austria-Hungary dan Rusia untuk mengukuhkan pengaruh masing-masing dalam kalangan bangsa Slav dan tindakan Rusia berusaha mencari jalan keluar bagi angkatan lautnya dari Laut Hitam ke Laut Tengah dengan menguasai Selat Bosporus dan Istanbul.

            Pada penghujung abad ke-19, negara-negara Eropah mula mencari tanah jajahan baru untuk membolehkan mereka menjadi kuasa yang kuat di Eropah seperti Jerman, Britain, Perancis dan Itali. Ini telah menyebabkan wujudnya persaingan antara negara-negara tersebut untuk mendapatkan tanah jajahan sama ada di Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik. Negara Jerman dan Itali yang belum mempunyai tanah jajahan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tanah jajahan. Oleh itu, Jerman telah memulakan tindakan dengan merampas tanah jajahan di Afrika daripada negara-negara yang dianggap lemah seperti Portugal dan Perancis pada tahun 1890-an. Manakala Itali pula cuba mendapatkan bekas jajahan Turki Uthmaniyah dengan menakluki Cyrenaica dan Tripoli dan menjadikannya tanah jajahan baharu yang dikenali sebagai Libya.  Tindakan Jerman ini telah menimbulkan kebimbangan negara Britian dan Perancis terutamanya apabila Jerman telah bertindak  memperbesarkan angkatan lautnya. Oleh itu, Britain turut memperkuatkan angkatan lautnya untuk melindungi empayar dan aktiviti perdagangan antarabangsanya.Jerman dilihat mempunyai kekuatan ekonomi melebihi jirannya iaitu Britain dan Perancis, terutama dalam pengeluaran besi pada tahun 1900.   Perancis cuba menyaingi Jerman di Morocco pada tahun 1911 sehingga hampir menggugat kestabilan di Eropah. Kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah menyebabkan munculnya negeri-negeri Slav yang baru seperti Serbia dan Bulgaria. Kesan semangat nasionalisme yang melampau,negeri-negeri kecil tersebut berjaya mengalahkan Turki keluar dari Eropah pada tahun 1908 hingga 1913. Keadaan ini dirumitkan lagi dengan minat kuasa-kuasa besar seperti Austria-Hungary dan Rusia untuk mendapatkan pengaruh politik. Pada tahun 1908, Austria-Hungary berjaya menakluki Bosnia-Herzegovina dan sasaran seterusnya ialah menguasai Serbia. Bagi menghalang serangan Austria-Hungary ke atasnya, Serbia berjaya mendapatkan sokongan Rusia yang bercita-cita menguasai Selat Bosporus dan sebahagian wilayah Turki. Ini telah mendorong ke arah meletusnya Perang Dunia Pertama di Eropah.

                      Perlumbaan senjata telah berlaku terutamanya antara Jerman, Britain dan Perancis yang telah membawa keuntungan kepada syarikat pengeluar senjata seperti Syarikat Krupp di Jerman dan Coventry Ordanance Work di Britain. Pada tahun 1906, Britain berjaya menghasilkan HMS Dreadnought iaitu sebuah kapal perang yang canggih dan terhebat di dunia pada ketika itu serta berkuasa tinggi untuk menyaingi angkatan tentera Jerman walaupun melibatkan peruntukkan perbelanjaan yang besar. Kuasa besar seperti Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah menambah lebih 50% perbelanjaan ketenteraan sekitar tahun 1908 hinggga 1914 terutama apabila golongan tentera semakin berpengaruh dalam bidang politik dan pentadbiran di sesebuah negara.  Negara Jerman golongan tenteranya bertanggungjawab terus kepada Kaiser/Raja, nilai-nilai ketenteraan diterima oleh sebahagian besar rakyat Jerman dan rakyat telah memberi sokongan terhadap pengisytiharaan perang yang dibuat kerajaan pada tahun 1914. Peningkatan bilangan anggota tentera yang ketara selepas tahun 1900 telah meningkatkan ketegangan sedia ada dan perang tidak dapat dielakkan lagi.

                       Sistem pendidikan yang dilaksanakan di beberapa negara Eropah turut meningkatkan semangat patriotik yang akhirnya menyemai bibit-bibit ke arah peperangan. Kurikulum pendidikan di Jerman memberi penekanan terhadap bahasa Jerman telah berjaya menyuburkan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda.   Manakala, persatuan-persatuan belia di Jerman diterapkan perasaan mengagungkan peperangan dan ciri-ciri keperwiraan dengan setiap anggota sehingga rakyat Jerman percaya mati dimedan pertempuran adalah lebih baik daripada mati di atas katil, malah nama mereka yang terkorban akan dipahat di tugu peringatan   Di Perancis pula, pendidikan Sejarah yang dilaksanakan pada tahun 1912 mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan rakyatnya diingatkan supaya membuat persiapan yang sewajarnya. Setiap pelajar diberitahu kewajipan mempertahankan negara Perancis.

                        Peristiwa pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya Duchess Sophie di Sarajevo pada 28 Jun 1914 oleh seorang pemuda Serbia yang merupakan ahli kongsi gelap Black Hand telah menjadi sebab serta-merta meletusnya Perang Dunia Pertama.  Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk menghapuskan kedaulatan Serbia kerana Serbia sudah lama menghasut rakyat Austria yang berbangsa Serb supaya membebaskan diri daripada pemerintahan Austria. Tindakan Austria mendapat sokongan sekutunya iaitu Jerman.  Melihatkan keadaan tersebut, Rusia yang merupakan sekutu Serbia memberi amaran kepada Austria dan bersiap sedia untuk menyerang Austria. Jerman yang bimbang dengan perkembangan tersebut meminta Rusia menghentikan persiapannya. Oleh kerana Rusia enggan menuruti saranan Jerman telah menyebabkan Jerman mengisytiharkan peperangan terhadap Rusia dan sekutunya.

                            Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1919 telah menamatkan Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini dianggap tidak adil kerana pihak yang kalah dipaksa menerima syarat-syarat yang berat sebelah. Jerman menerima hukuman yang berat daripada pihak yang menang (Triple Entente).Syarat yang terpaksa dipatuhi oleh Jerman ialah menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya, menyerahkan 13% daripada daerahnya termasuk ¾ hasil besi dan 1/5 hasil arang batu, membayar ganti rugi dan pampasan  perang yang tinggi dan mengurangkan jumlah tentera.Jumlah tentera akan dikurangkan daripada 400,000 kepada 200,000 menjelang 30 September 1919 dan 100,000 menjelang 31 Mac 1920.

                            Selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa dibentuk pada tahun 1919 bagi menjaga keamanan serta mengelak daripada berlakunya peperangan. Pertubuhan yang berpusat di Geneva ini berharap sebarang masalah antarabangsa dalam kalangan negara-negara anggota dapat diselesaikan melalui rundingan.Hampir semua negara Eropah kecuali Rusia dan Amerika Syarikat menyertai pertubuhan ini dan taraf kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Di peringkat awal pertubuhan ini berjaya menyelesaikan masalah sempadan antara Bulgaria dengan Greece pata tahun 1926.Bagaimanapun, ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota melemahkan pertubuhan ini kerana berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar pada tahun 1930-an seperti penaklukan Itali terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun ke atas Manchuria. Liga ini telah dibubarkan pada bulan April 1945. 

         Kesan-kesan  Perang Dunia Pertama

Kesan Politik

Rusia :
Menamatkan Sistem Pemerintahan Beraja :
o    Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Rusia di bawah kerajaan Tsar yang pernah memerintah Rusia selama 400 tahun. Perang Dunia Pertama telah menguji kemampuan kerajaan menghadapi keadaan semasa. Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh Rusia khususnya pertempuran dengan Jerman menyerlahkan kelemahan kerajaan Tsar. Kekalahan teruk tentera Rusia di medan perang menyebabkan kesetiaan sebahagian tentera berbelah bagi.
Kerajaan Hilang Imej dan Sokongan :
o    Selain imej kerajaan beraja jatuh kepada golongan tentera dan kelas menengah, kerajaan juga kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana tidak membela nasib mereka dalam suasana ekonomi yang muram kesan daripada Perang Dunia Pertama.
Pejuang Revolusi Berpecah :
o    Pejuang-pejuang Revolusi yang terdiri daripada kelas menengah, pekerja dan petani telah berpecah ekoran daripada perbezaan kepentingan. Vladimir Lenin telah mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan pekerja dan petani serta menyokong rampasan tanah yang dilakukan oleh golongan petani.
Kerajaan Komunis Terbentuk :
o    Dengan sokongan daripada pekerja, petani, tentera dan komunis yang berdisiplin, Lenin berjaya menggulingkan pemerintahan dan membentuk sebuah kerajaan komunis yang pertama di dunia.
Rusia Kehilangan Wilayah :
o    Bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria, Lenin telah menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918. Melalui perjanjian tersebut, Rusia telah kehilangan ¼ wilayahnya di Eropah yang diserahkan kepada Jerman dan ¾ sumber arang batu dan besi. Kejayaan tersebut turut dibantu oleh peranan ejen perisikan Jerman.
Wujud Golongan Kapitalis :
o    Pada tahun 1905, ekonomi Rusia mula berkembang tetapi perlahan berbanding dengan negara-negara Eropah Barat. Wujud sebilangan kecil golongan kapitalis yang menyediakan modal bagi melibatkan diri dalam perniagaan.
Kemunculan Golongan Pekerja Industri :
o    Golongan tersebut membiayai dan menguruskan pembinaan kilang dan jalan kereta api. Situasi ini membawa kepada kemunculan golongan pekerja industri yang miskin dan persekitaran kerja yang kurang memuaskan. Jumlah pekerja industri kecil iaitu kira-kira 10% daripada penduduk Rusia pada tahun 1917.
Penubuhan Parti Buruh Demokratik Sosial :
o    Perkembangan dalam bidang ekonomi turut membawa kesan dalam bidang politik. Parti-parti politik ditubuhkan seperti Parti Buruh Demokratik Sosial oleh golongan pekerja yang kemudiannya dikenali sebagai Parti Komunis. Oleh kerana perselisihan pendapat, maka parti ini berpecah kepada dua iaitu Mensheviks yang dipimpin oleh Julius Martov dan Bolsheviks yang dipimpin oleh Lenin
Berlaku Demonstrasi / Rusuhan :
o    Demonstrasi diadakan di beberapa bandar yang disertai oleh golongan pekerja, petani dan pemimpin parti-parti politik yang akhirnya membawa kepada rusuhan ekoran polis kerajaan Tsar melakukan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.
Gerakan “ Tanah, Roti dan Keamanan ” :
o    Dengan bantuan Jerman, Lenin kembali ke Rusia. Lenin dan Bolsheviks meminta “tanah, roti dan keamanan”. Tanah untuk diberikan kepada golongan petani  miskin manakala roti untuk diberikan kepada pekarja yang kelaparan. Keamanan pula bermaksud untuk menamatkan penglibatan Rusia dalam Perang Dunia Pertama. Bolsheviks berhasrat untuk menubuhkan kerajaan, khususnya untuk membela nasib pekerja dan petani. Demonstrasi terbesar berlaku di ibu negara iaitu di Petrograd, kini dikenali sebagai St.Petersburg. Walaupun Tsar telah melakukan sedikit pembaharuan politik dengan  menubuhkan Duma (Parlimen), namun Duma mempunyai kuasa yang terhad.

Jerman dan Austria Hungary :

Keresahan Rakyat Bawahan :
o    Perang Dunia Pertama yang berterusan menimbulkan keresahan dalam kalangan golongan bawahan seperti petani, pekerja dan tentera.
Tentangan Golongan Ahli Politik :
o    Penentangan terhadap peperangan juga timbul dalam kalangan ahli-ahli politik walaupun sebelum ini mereka menyokong penglibatan kerajaan dalam Perang Dunia Pertama.
Kaiser Wilhem II Turun Takhta :
o    Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang terumbang-ambing di samping keadaan perang yang tidak menentu, Kaiser Wilhem II bersetuju untuk turun takhta dan mendapat suaka politik di Belanda.
Kerajaan Republik Terbentuk :
o    Parti Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert telah membentuk sebuah kerajaan republik yang dikenali sebagai Republik Weimer yang menggunakan khidmat golongan tentera dan pentadbir lama untuk mengendalikan urusan negara sehinggalah Adolf Hitler berkuasa pada tahun 1933 apabila semua pihak terpaksa mengikut semua kemahuannya dalam usaha menguasai Eropah.
Dinasti Habsburg Tamat :
o    Kerajaan Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg ditamatkan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasainya seperti Czech, Pole, Slovak, Finn dan Liithuania. Kejayaan pemberontakan tersebut telah menyebabkan lahirnya negara-negara baharu seperti Czechoslovakia, Estonia, Finland, Hungary, Latvia, Lithuania, Rumania dan Yugoslavia.

Kesan Ekonomi :

Berlaku Inflasi Dan Kekurangan Bekalan Makanan :
o    Di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya masalah inflasi dan terpaksa mengenakan catuan terhadap bahan makanan yang penting seperti roti, kentang, susu dan daging sehingga menyebabkan rusuhan anti-kerajaan pada tahun 1917 di Berlin dan Leipzip yang melibatkan hampir 300,000 orang pekerja.
o    Di Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh kerana 4 juta buruh dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan tersebut menyebabkan pengeluaran pertanian terus berkurangan.
Kejatuhan Nilai Mata Wang :
o    Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman iaitu Mark telah menjunam turun hingga kurang daripada seperseratus daripada nilainya pada tahun 1914. Pengeluaran industri Jerman juga terjejas. Pengeluaran arang batu dan besi Jerman juga berkurangan daripada jumlah pengeluaran sebelum perang.
Sistem Pengangkutan Terganggu :
o    Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem pengangkutan memberi kesan kepada tentera Rusia yang berada di medan peperangan kerana bekalan gagal dihantar kepada pasukan yang memerlukan bantuan.
Penutupan Kilang/Kekurangan Bahan Bakar :
o    Pemerintahan Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam belanjawan kerana terpaksa mengagihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada bidang ketenteraan. Lebih memburukkan keadaan ialah kesan perang yang berterusan menyebabkan kilang yang ditutup semakin bertambah dan Rusia menghadapi kekurangan bahan bakar yang serius.
Berlaku Mogok/Revolusi Rakyat :
o    Keresahan dalam kalangan masyarakat juga berlaku dan mogok yang melibatkan 3 juta pekerja terjadi pada tahun 1916. Keadaan seperti ini memudahkan rakyat melancarkan revolusi terhadap pemerintahan Tsar.
Beban Hutang :
o    Pertempuran yang berlaku di utara Perancis menyebabkan keupayaan pengeluaran Perancis merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli dan 63% bagi besi. Setelah perang tamat, Perancis terpaksa menanggung hutang luar yang amat besar. Maka tidak hairanlah dalam Perjanjian Versailles, wakil Perancis menuntut ganti rugi yang besar terhadap Jerman.
Amerika Syarikat Dan Jepun Menguasai Pasaran Dunia :
o    Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Perkara ini amat dirasai oleh negara-negara Eropah terutamanya Britain, sebuah negara industri yang sebelum ini menguasai peratus perdagangan terbesar di dunia. Perang Dunia Pertama menyebabkan Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya.
Kesan Sosial :
Korban Nyawa dan Kecederaan :
o    Perang Dunia Pertama banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira 8.5 juta tentera terkorban dan 12.5 juta orang awam terkorban. Dari segi harta benda pula, peperangan ini mengakibatkan kemusnahan yang bernilai AS$ 36 760 juta. Britain kehilangan 750,000 rakyatnya, iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya yang berumur 45 tahun ke bawah manakala bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah 2 juta orang. Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta tercedera. Angka ini melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelakinya yang cergas dan ini merupakan satu kehilangan besar kepada Perancis. Tambahan pula,Perancis mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang rendah.
Pencemaran Udara/ Bumi :
o    Pencemaran udara dan bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang meluas dalam pertempuran sengit di Marne dan Somme.