Sunday, September 28, 2014

Dekolonisasi di India

Pengenalan


        Tahun                                             Corak Dekolonisasi                                Tokoh

      1900-1920                       -Gerakan dekolonisasi bercorak radikal         1. Lala Lajpat Rai
                                              -Berpendapat bahawa tindakan keras             2. B.G Tilak
                                                mampu mengusir British dari India              3. Bipin Chandra Pal

      1920-an                           Proses dekolonisasi bersifat lebih                   1. Shaukat Ali
                                               sederhana                                                        2. Maulana Abdul Kalam
                                              -Contoh: Melancarkan Gerakan Khilafat        3. Muhammad Ali
                                               iaitu memulaukansemua aktiviti yang
                                                dianjurkan olh pihak British


Penentangan Mahatma Gandhi
Pada tahun 1920-an, muncul seorang tokoh berwibawa di India iaitu Mahatma Gandhi. Bermula tahun 1920 hingga 1939, Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC). Beliau menekankan prinsip swadesi, satyagraha dan ahimsa.






INC mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat India sehingga menjadi sebuah parti yang kuat. Atasan desakkan orang India, kerajaan British telah menggubalAkta Majlis India dan Akta Montague-Chelmsford bagi mempersiapkan orang India ke arah berkerajaan sendiri. Walau bagaimanapun usaha ini gagal memenangi hati orang India.

Tindakan British memonopoli pengeluaran garam sehingga menyebabkan harga garam melambung tinggi menambahkan kemarahan orang India. Sebagai tanda protes, Mahatma Gandhi telah memimpin Perarakan Garam @ Perarakan Dandi.

British bertindak balas dengan mengharamkan INC dan pemimpin utama INC termasuk Mahatma Gandhi dipenjarakan. Mahatma Gandhi melancarkan mogok lapar di penjara ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan British iaitu;





British akhirnya mengalah kepada Mahatma Gandhi dengan membentuk Pakatan Poona iaitu mengagihkan 148 kerusi kepada kelas bawahan. Pada tahun 1935, British memperkenalkan Akta Kerajaan India yang antara lainnya memberikan peluang pilihan raya kepada penduduk India. Walau bagaimanapun, orang India masih tidak berpuas hati kerana Gabenor Jeneral dan Gabenor Wilayah [pegawai British] masih berkuasa penuh. 

Pada tahun 1937, INC menang besar dalam Pilihan Raya Umum India. Kekalahan LigaIslam menyebabkan pemimpinanya iaitu Muhamad Ali Jinnah menuduh INC hanya memperjuangkan kepentingan orang Hindu dan meminggirkan orang Islam. Muhamad Ali Jinnah kemudian bertindak menyeru penduduk Islam di Sind, Bengal dan Punjab bersatu di bawah Liga Islam. Tindakan ini merupakan titik tolak bermulanya idea penubuhan negara Pakistan. 

Pergeseran antara orang Hindu dengan orang Muslim menyebabkan Gabenor Jeneral India iaitu Lord Louis Mountbatten mengajak pemimpin INC dan Liga Islam berunding. Hasil rundingan memutuskan bahawa India mesti dibahagikan kepada 2[India dan pembentukan negara baru iaitu Pakistan] bagi mengelakkan pertelingkahan berterusan.  Usaha pemisahan ini telah mengorbankan ribuan nyawa.

Pada bulan Ogos 1947, British memberikan kemerdekaan kepada kedua-dua negara.Muhamad Ali Jinnah kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Jeneral  Pakistan yang pertama. Jawaharlal Nehru pula dilantik sebagai Perdana Menteri India yang pertama.



Kesimpulan

Peranan besar yang disumbangkan oleh Mahatma Gandhi melalui INC telah membuka jalan kepada kemerdekaan India. Dasar anti-kekerasan yang diamalkan oleh Mahatma Gandhi menjadikan British tidak mempunyai alasan kukuh untuk menolak perjuangan kemerdekaan orang India. Usaha dekolonisasi di India juga menyaksikan berlakunya perpecahan dalam kalangan pejuang kemerdekaan sehingga membawa kepada terbentuknya negara Pakistan.


PROSES DEKOLONISASI DAN PENGEMBALIAN KEDAULATAN YANG BERLAKU DI INDIA

Proses dekolonisasi bermaksud pembebasan tanah jajahan dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahan tersebut. Proses ini berlaku dengan pantas selepas Perang Dunia Kedua. Dekolonisasi melibatkan bekas tanah jajahan di merata tempat. Hal ini berlaku apabila Negara-negara Eropah mengalami kemerosotan ekonomi sehingga tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai tanah jajahan mereka selepas Perang Dunia Kedua. Desakan hebat daripada penduduk tempatan khususnya golongan intelek menyebabkan proses dekolonisasi terpaksa dipercepatkan.

Dekolonisasi di India pada tahun 1905 hingga 1918 dikenali sebagai tahap militant kerana munculnya gerakan bersifat radikal yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan penentangan terhadap British. Gerakan ini diketuai oleh B.G Tilak, Lala Lajpat Rai, Bipin Chandra Pal dan Aurobindo Ghosh. Mereka mencadangkan agar semua yang berkaitan dengan British dipulaukan seperti barangan, pendidikan, perkhidmatan kerajaan, undang-undang dan mahkamah. Namun, menjelang tahun 1920, usaha golongan militant tersebut gagal.

Pembabitan Turki dalam Perang Dunia Pertama turut memberi kesan kepada India dan masyarakat Islam menganggap Turki mewakili pemerintahan Islam. Oleh itu, masyarakat Islam di India menganggap musuh Turki juga musuh orang Islam. Gerakan Khilafat dilancarkan oleh Maulana Abul Kalam Azad Khan, Muhammad Ali dan Shaukat Ali untuk memulaukan semua aktiviti kerajaan dan penutupan premis perniagaan. Pemimpin-pemimpin Gerakan Khilafat mendakwa bahawa India bukanlah Negara Islam dan menyebabkan 500 000 hingga dua juta masyarakat Islam berhijrah ke Afghanistan.

Perjuangan penduduk India bercorak sederhana selepas Perang Dunia Pertama tetapi masih enggan bekerjasama dengan British. Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) dan menukar INC daripada sebuah parti elit kepada gerakan massa yang mewakili semua lapisan masyarakat. Tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi ialah satyagraha, ahimsa dan swadesi. Prinsip swadesi ialah berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Mahatma Gandhi menyarankan agar masyarakat India bersatu memulau barangan dari Eropah dan Britain.

Prinsip satyagraha bererti berpegang kepada kebenaran. Melalui prinsip ini, Mahatma Gandhi menyarankan agar bangsa India terus memperjuangkan kemerdekaan yang dibenarkan dalam sistem demokrasi. Mahatma Gandhi merupakan seorang pejuang antikekerasan kerana menurut beliau, kekerasan tidak mampu menyelesaikan masalah. Manakala,dalam prinsip ahimsa, mogok lapar merupakan salah satu cara penentangan . Tindakan Mahatma Gandhi memaksa British memberikan kemerdekaan kepada India pada tahun 1947.

Mahatma Gandhi yang beragama Hindu mengkritik amalan kasta dalam agama Hindu yang dipaparkan dalam akhbar Young India dan Navajivan. Hal ini menyebabkan golongan militant tidak berpuas hati dengan Mahatma Gandhi dan membawa kepada pembunuhan beliau oleh Nathuram Ghose. Amalan kasta yang dikritik oleh Mahatma Gandhi menarik perhatian rakyat India dengan isu Harijan atau golongan yang tidak boleh disentuh. Beliau menekankan bahawa amalan tersebut harus dihapuskan. Beliau turut mengambil seorang gadis Harijan sebagai anak angkatnya.

Beberapa akta digubal untuk mempercepatkan rakyat tempatan memerintah India. Antaranya, termasuklah Akta Majlis India (1909) dan Akta Montague-Chelmsford. Perarakan Garam atau Perarakan Dandi diadakan oleh Mahatma Gandhi kerana British memonopoli pengeluaran garam dan menaikkan harga garam yang secara tradisinya dihasilkan oleh rakyat tempatan. Oleh itu, British telah menahan dan memenjarakan pemimpin-pemimpin INC termasuk Mahatma Gandhi dan INC diisytiharkan tidak sah.

Persidangan Meja Bulat diadakan di London tetapi gagal mencapai kata sepakat. Kemudiannya, British bekerjasama dengan INC dan menganjurkan Pakatan Gandhi-Irwin pada tahun 1931. Gandhi bersetuju membatalkan kempen melanggar perintah awam dan sebagai balasan, pihak British akan menarik balik segala tindakan kekerasan dan memberi jaminan untuk membebaskan nasionalis yang ditahan. Persidangan Meja Bulat Kedua diadakan dan Gandhi yang menghadiri persidangan tersebut merasakan pegawai-pegawai British berdolak-dalik dalam memberi kuasa mentadbir Negara sendiri kepada orang India.

British mendakwa Mahatma Gandhi gagal meyakinkan British dalam usaha menyelesaikan masalah perpaduan rakyat India dan sikap British ini mengecewakan Mahatma Gandhi. Hal ini menyebabkan Mahatma Gandhi menjalankan semula gerakan menentang British dan beliau ditahan sekali lagi. British bertindak dan memburukkan lagi keadaan dengan pengumuman Anugerah Perkauman yang menindas rakyat India dari kelas bawahan. Pakatan Poona diperkenalkan pada tahun 1932 berjaya menghentikan Mahatma Gandhi daripada terus mogok lapar di penjara. Persidangan Meja Bulat Ketiga diadakan dan Akta Kerajaan India 1935 diperkenalkan.

Dalam pilihan raya umum pada tahun 1937, INC menang besar di lapan wilayah manakala Liga Muslim menguasai tiga kawasan sahaja yang menyebabkan Liga Muslim mendakwa bahawa INC hanya memperjuangkan nasib orang Hindu dan mencipta slogan “Islam Dalam Bahaya” untuk meraih simpati. Di sinilah idea penubuhan Pakistan diperjuangkan dan mendapat sokongan sebilangan rakyat yang ditunjukkan dalam kemenangan Liga Muslim dalam pilihan raya umum pada tahun 1945 dan 1946. Parti INC dan Liga Muslim dipilih mewakili India dalam rundingan kemerdekaan India dengan pihak British.

Isu pertikaian Hindu dan Islam tidak dapat dibendung lagi. Gabenor Jeneral India, Lord Louis Mountbatten bersama pemimpin INC dan Liga Muslim mencapai satu kata sepakat. Oleh itu, rancangan pemisahan India untuk penganut Hindu dan Islam dilaksanakan. Secara ringkasnya, orang Islam memasuki Pakistan dan orang Hindu memasuki India yang mencatatkan penghijrahan besar. Proses penghijrahan tersebut melibatkan ribuan orang terkorban dan berlaku pertumpahan darah. Era penjajahan bagi kedua-dua Negara iaitu Pakistan dan India berakhir pada Ogos 1945 apabila kedua-dua Negara menjadi Negara bebas berdaulat.

Muhammad Ali Jinnah memegang jawatan sebagai Gabenor Jeneral Pakistan dan Jawaharlal Nehru menjadi Perdana Menteri India yang pertama. Lord Louis Mountbatten diminta meneruskan tugasnya sebagai Gabenor Jeneral India.

Pelbagai pihak telah mengambil langkah inisiatif untuk membebaskan India daripada penjajahan British. Perjalanan ke arah mendaulatkan India menempuh ranjau disebabkan pihak British sengaja melengah-lengahkan pemberian kemerdekaan dengan mengenakan pelbagai peraturan seperti Akta Majlis India (1909) dan Anugerah Perkauman (1932). Bagaimanapun, usaha membebaskan diri daripada belenggu penjajahan terjejas kesan konflik antara orang Hindu dan orang Islam yang akhirnya membawa perpecahan India kepada dua Negara iaitu India dan Pakistan.







No comments:

Post a Comment