Thursday, September 25, 2014

Dekolonisasi di China


Oleh : Noorain Shahirah binti Abd Halim  / 6PS1A



Dekolonisasi mula berkembang secara perlahan sejak Perang Dunia Pertama, selepas  bekas tanah jajahan imperialis Barat selepas mencapai kemerdekaan. Bagaimanapun, proses dekolonisasi berlaku dengan pantas selepas Perang Dunia Kedua. Selepas perang berakhir, kedudukan ekonomi Negara-negara Eropah merosot sehingga mereka tidak mampu untuk menjaga tanah jajahan mereka. Oleh itu, mereka telah melakukan dekolonisasi,iaitu membebaskan tanah jajahan dengan memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan tersebut. Dekolonisasi di China berbeza dengan di India. Di China, sebahagian rakyat  menganggap kerajaan Ch’ing sebagai orang asing kerana berketurunan Manchu. Perang saudara juga turut berlaku antara Parti Komunis China (PKC) dengan Koumintang melibatkan perbezaan idealogi.
Jumlah penduduk China merupakan yang teramai di dunia dan keluasan wilayahnya hampir sama luas dengan Rusia. China telah dicerobohi oleh penjajah Barat dan Jepun. Usaha mendaulatkan China dimulakan oleh Kang Yu-Wei pada tahun 1898 iaitu reformasi 100 hari. Beliaumahu menyamakan pentadbiran China dengan pentadbiran Barat. Rakyat China juga mulai sedar tentang bahawa sistem raja berpelembagaan di Jepun lebih kukuh daripada system monarki apabila Jepun mampu mengalahkan Rusia. Walaupun golongan cerdik pandai menyarankan agar dikaji pentadbiran  Barat  dan Jepun, namun pihak kerajaan tidak mengendahkannya. Hal ini telah menyebabkan rakyat berasa bosan dan kecewa dengan kerajaan Ch’ing lalu menyokong gerakan revolusi yang dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen.
Atas galakan penuntut-penuntut China di Jepun, Dr Sun Yat Sen telah mula memikirkan usaha untuk menubuhkan parti revolusi. Beliau telah mengemukakan tiga prinsip bagi menegakkan Negara China moden. Prinsip-prinsip tersebut ialah nasionalisme, demokrasi dan sosialis. Beliau juga turut dilantik menjadi pengerusi apabila Tung Meng Hui ditubuhkan.pada tahun 1905. Antara ahli yang terlibat ialah terdiri daripada  penuntut, pegawai tentera, dan golongan sasterawan. Dr Sun Yat Sen telah melakukan pelbagai siri revolusi untuk menggulingkan kerajaan Manchu tetapi menghadapi kegagalan.
Revolusi 1911 berlaku secara tidak sengaja. Hal ini terjadi apabila sebutir bom telah meletupkan landasan kereta api di Wuchang yang berhampiran ibu pejabat pihak revolusi. Pihak revolusi membalas tindakan tersebut da akhirnya mereka mendapat Hanyang dan Hankow. Hal ini turut menyebabkan wilayah-wilayah lain turut mengisytiharkan kemerdakaan mereka.. Apabila Dr Sun Yat Sen kembali dari luar negara, beliau turut menyertai bersama pemimpin revolusi lain telah menubuhkan kerajaan Republik China. Malah beliau turut dilantik menjadi presiden sementara, maka mereka tidak lagi bernaung di bawah pemerintahan Dinasti Ch’ing.
Yuan Shih Kai telah diberi kuasa  dan dilantik untuk mengetuai tentera darat dan tentera laut oleh kerajaan. Hal ini disebabkan kerajaan masih berhasrat untuk memerintah China. Tentera yang dipimpin oleh beliau sangat kuat serta memiliki kewangan yang kukuh. Hal ini membantu mendapatkan kembali Hanyang dan Hankow. Perkara ini telah mendorong pemimpin revolusi untuk  mengadakan rundingan dengan Yuan Shih Kai dan bersepakat melantik beliau menjadi presiden sementara Republik China. Bagi menggerakkan demokrasi, pilihan raya telah diadakan melalui dua dewan iaitu Dewan Tertinggi dan Dewan Rendah.
Pada Disember 1912, Tung Meng Hui telag ditukar nama kepada Koumintang (KMT) . Dalam pilihan raya KMT  telah menang besar. Yuan Shih Kai tidak mahu kuasanya dicabar lalu membunuh tokoh utama KMT iaitu Sung Chiao Jen dan mengharamkan KMT. Dr Sun Yat sen kembali ke China dan menyusun semula KMT selepas kematian Yuan Shih Kai pada 6 Jun 1916. Permintaan  Dr Sun Yat Sen kepada kuasa-kuasa Barat untuk menyokongnya ditolak meyebabkan beliau meminta bantuan Rusia. Micheal Borodin di hantar  oleh Rusia untuk menguruskan bantuan kepada China . Chiang Kai-shek dilantik menjadipengetua maktab latihan ketenteraan di Wuchang.
Deklarasi Sun-Joffe 1923, menyebabkan PKC bergabung dengan  KMT dan terbentuklah  Barisan Bersatu. Apabila Dr Sun Yat Sen meninggal dunia KMT bepecah kepada dua iaitu prokomunis  (Wing Ching Wei) dan antikomunis  (Chiang Kai-shek). Chiang Kai-shek telah menentang hulubalang dan menyatukan KMT. Selain itu, beliau turut melancarkan kempen antikomunis di China malah telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap ahli komunis.
Hubungan antara KMT dan PKC berjaya dipulihkan apabila Jepun menyerang. Semasa menentang Jepun hanya KMT sahaja yang berjuang dan menyebabkan KMT menyerang PKC. Oleh kerana tidak mampu mempertahankan kubunya Mao Tze Tung talah memulakan Long March (Perjalanan Jauh). Banyak nyawa yang terkorban semasa peristiwa ini iaitu daripada 80000 orang hanya 20000 orang sahaja yang selamat sampai ke Shensi. PKC telah memenangi hati rakyat semasa mereka mendekati golongan petani dan rakyat China hanya memahmi dua perkara; pembebasan China daripada imperialis asing dan tekanan daripada tuan tanah. Slogan nasionalisme untuk menentang Jepun mendapat sokongan penduduk tempatan.
Chiang Kai-shek dan Mao Tze Tung telah dinasihatkan oleh Duta Amerika  supaya mengelakkan perang saudara. Masalah timbul apabila KMT menginginkan kerajaan republik dengan presiden berkuasa penuh manakala PKC mahukan kerajaan berbentuk kabinet. KMT telah membelot dengan melantik Chiang Kai-shek sebagai presiden Republik China tanpa rundingan dengan PKC dan parti lain. Peperangan tecetus tetapi dimenangi oleh KMT. Walaubagaimanapun, ramai golongan petani menyertai PKC kerana kepercayaan yang diperolehi sebelum perang. Justeru bagi menghapuskan imperialisme, rakyat China telah menuduh KMT bersubahat dengan penjajah Barat. Akhirnya PKC memenangi perang saudara. Chiang Kai-shek dan ahlinya berundur ke Taiwan.
Perjuangan rakyat China dalam mengembalikan kedaulatan dan kemerdekaan negara melalui jalan yang cukup sukar. Hal ini kerana, perjuangan mereka melibatkan pertumpahan darah sesama sendiri. Perbezaan ideologi juga turut mempengaruhi perjuangan serta  keadaan geografi yang luas menyukarkan penyatuan negara dan rakyat.

No comments:

Post a Comment