Tuesday, September 16, 2014

4.4 PERHUBUNGAN LUAR : UNITED KINGDOM DAN INDIA : KOMANWEL


4.4 PERHUBUNGAN LUAR : UNITED KINGDOM DAN INDIA : KOMANWEL
OLEH : NUR SYUHAIDA BINTI MOHD FADZIL

PENGENALAN

         Pertubuhan Komanwel dibentuk pada tahun 1931 (melalui Statue of West Minister) dan anggotanya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yg telah merdeka.Kini ,negara anggota Komanwel tersebar di setiap Benua dan penduduknya pula terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya. Komanwel pada abad ke  21 meliputi kira-kira suku daripada permukaan bumi dan penduduknya yang di anggarkan melebihi 2.1 billion orang pada tahun 2005.Komanwel hari ini menerima pengistiharan prinsip Komanwel sebagai asas hubungan dalam kalangan negara Komanwel.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENUBUHAN KOMANWEL
      Idea untuk memberikan hak berkerajaan sendiri kepada tanah jajahan British , sebenarnya terkandung dalam laporan Lord Durham (1839)  yang diperkenalkan di kanada pada tahun 1847. Pada tahun 1867, Kanada merupakan tanah jajahan yang pertama memperoleh taraf berkerajaan sendiri .
        Seterusnya, diikuti oleh Australia (1901 ), New Zealand (1907) dan Afrika Selatan (1910). Walaupun mendapat taraf pemerintahan sendiri, namun kuasa yang dimiliki pelbagai  wilayah ini masih terhad . Parlimen Britian mempunyai kuasa untuk menggubal  undang-undang berhubung dengan hal ehwal pertahanan, dasar luar dan sebagainya .
              Hasil dari Laporan Balfour, persidangan empyar 1926 telah mengisytiharkan bahawa Negara dominan bebas  dari ikatan   Britain dari sudut undang-undang setelah statutue  of Westminster diluluskan pada tahun 1931. Statue ini telah menghapuskan penguasaan parlimen Britain tehadap hal ehwal Negara-negara dominan.

UNITED KINGDOM 

          UK boleh dianggap sebagi pengasas dan ketua Komanwel .. Jika UK tidak bijak menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya,sudah tentu hubungan UK dan tanah jajahanya akan lenyap begitu sahaja. Kewujudan Komanwel mempunyai kaitan dengan niat dan cita-cita pihak British untuk membimbing tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri seterusnya memberi kemerdekaan. Keadaan tersebut juga dikaitkan dengan desakan rakyat Britain supaya dipraktikan cita-cita untuk membimbing tanah jajahan. Kebijaksanaan Pejabat Tanah Jajahan mengurus bekas –bekas Negara yang dijajah mempunyai mekanisme sendiri.
        Bekas tanah jajahan tidak  dipaksa untuk menyertai Komanwel dan ahli-ahlinya bebas untuk menarik diri pada bila-bila masa.  Britain juga sedar akan tanggungjawab untuk membangunkan tanah jajahannya termasuk wilayah-wilayah yang diamanhakna kepadanya yang ketinggalan dari segi ekonomi.
       Penubuhan Komanwel adalha langkah wajar kerana kerjasama secara multilateral dalam bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahanya akan  mengukuhkan ekonomi Negara –negara berkenan. Walau bagaimanapun , tidak dinafikan pada tahun 1950-an Britain menggunakan pertubuhan ini untuk kepentingan sendiri khususnya dalam bidang ekonomi. Negara Komanwelmengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah , jut , getah , minyak sawit ,dan koko dunia . Negara Komanwel juga menyumbang separuh daripada keluaran aluminium dunia.
      Kekayaan hasil bahan-bahan mentah di Negara bekas tanah jajahannya menyebabkan Britain mengambil kesempatan mengadakan hubungan bilateral dan penetapan harga barang-barang utama itu dilakukan oleh Britain. Dari sudut Negara-negara Komanwel , mereka sedar bahawa hubungan sedia ada dengan Britain dan negara–negara   Komanwel yang lain serta penglibatan perdagangan dan sterling Area akan member faedah seperti pemindahan teknologi dan kepakaran , perkhidmatan perkataandan sebagainya.
   Disamping itu, Britain juga mengambil insiatif mewujudkan sebuah jawatankuasa pada tahun 1950, iaitu jawatankuasa perhubungan pelajaran Komanwel. jawatankuasa ini dibentuk bagi membantu  Negara–negara  menyediakan sistem pelajaran yang sempurna. Penubuhan Komanwel juga mempunyai kaitan dengan hasrat Britain untuk memperkenalkan sistem sosial , ekonomi, dan politik berdasarkan model barat.penerapan sistem undang-undang , biroraksi , ekonomi , dan lain-lain menjadikan struktur pentadbiran Negara-negara Komanwel lebih kemas dan berkesan.
       Salah satu isu yang menggugat perpaduan dalam kalangan Negara anggota Komanwel ialah Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan . Kerajaan kulit putih melaksanakan Dasar Apartheid antara tahun 1948 hingga 1991 .Majoriti Negara- Negara anggota Komanwel mahukan dasar ini dihapuskan, namun Britain bertindak tidak sehaluan dengan anggota yang lain.  Sama ada disedari atau tidak, Komanwel akan berkembang kerana kepercayaan dalam kalangan Negara-negara anggota terhadap pertubuhan ini masih wujud . Pelbagai kerjasama diadakan dalam  bidang ekonomi, pelajaran, teknikal dan lain-lain menyebabkan Negara-negara anggota terasa berat untuk meniggalkan Komanwel .

INDIA


        India mempunyai sejarah yang tersendiri dengan pertubuhan Komanwel anggota “ bukan berkulit putih” yang ingin diberi taraf kerajaan sendiri oleh pihak British .Pada tahun 1919 , undang- undang kerajaan India telah digubal .sistem  diarchy telah diperkenal di India . Melalui sistem ini ,pentadbiran wilayah –wilayah di India dibahagikan kepada bahagikan, iaitu perkara-perkara yang tertentu yang ditadbir oleh  gabenor wilayah dan  India .Bagaimanapun , semua keputusan hendaklah mendapat kebenaran daripada kerajaan atau Parlimen British . Satu suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji pemberian taraf berkerajaan sendiri di India .Suruhanjaya  ini dipengerusikan oleh Sir John Simon.





No comments:

Post a Comment