Tuesday, September 16, 2014

4.4 Perhubungan Luar : United Kingdom & Amerika Syarikat : North Atlantic Treaty Organisation (NATO)

TAJUK : North Atlantic Treaty Organisation (NATO)
OLEH : Nur Azidah Binti Amirudin


Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) merupakan perikatan ketenteraan antara beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat. NATO ditubuhkan pada 4 April 1949. Negara-negara ahlinya bersetuju bekerjasama dari segi ketenteraan kalau salah satu daripada ahlinya diserang. Pada asalnya hanya 12 negara yang menganggotai pertubuhan ini . Antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Perancis, Itali, Belgium, Belanda, Norway, Denmark, Portugal, Iceland dan Luxemberg. Kini keanggotaan NATO telah meningkat kepada 28 anggota. Ibu pejabat NATO ialah di Paris. NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat.

Faktor penubuhan NATO

Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah. Selain itu, Mengheret dan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah. Mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah serta Mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB sama ada dari sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik antarabangsa.

Matlamat NATO

NATO ingin mewujudkan sistem pertahanan bersama negara-negara anggota. Selain itu, mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara-negara anggota serta membendung pengaruh komunis yang disebarkan oleh Soviet Union.

Negara-negara Eropah Timur yang prokomunis telah menambahkan kekuatan tentera bagi menandingi negara jiran mereka di Eropah Barat. Jadi, rancangan pihak Rusia dan sekutunya perlu dikawal di peringkat awal lagi.

NEGARA-NEGARA YANG TERLIBAT (   Mengheret dan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah )

NATO mengesahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat dan Britain selepas tahun 1945 di Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah dari Moscow dapat disekat dengan berkesan.Negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis  menyertai NATO sebagai sebuah institusi pakatan ketenteraan selepas kebangkitan Jerman semasa Perang Dunia kedua.

NATO yang ditubuhkan pada awal Perang Dingin tidak dibubarkan walaupun Perang Dingin sudah berakhir. NATO terus wujud dan kuasa-kuasa besar dunia yang berada dalam pertubuhan ini terus menyusun strategi bersaing sesama sendiri bagi mengukuhkan pengaruh masing-masing dalam NATO.

Amerika Syarikat, United Kingdom dan NATO

Dalam konteks penubuhan NATO, dua konteks perlu diketengahkan iaitu:

Britain memainkan peranan penting dalam proses penubuhan NATO. Pihak British menyusun strategi dengan mengetengahkan Amerika Syarikat dalam penubuhan NATO. Ini kerana, British menganggap sesuatu pertubuhan itu akan kurang berkesan jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.

Kedua, penubuhan NATO dianggap antithesis (percanggahan) kepada PBB yang dilihat tidak berupaya memainkan peranan sebagai satu pertubuhan yang boleh mengekang atau menyelesaikan sebarang konflik secara berkesan.

 Britain berpendapat kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom perlu dilibatkan dalam sesebuah pertubuhan. Britain percaya bahawa penglibatan AS penting bagi memastikan NATO muncul sebagai pertubuhan yang kuat. AS akhirnya menjadi tunjang kekuatan  dan kestabilan NATO.


Perang Dingin

Perang Dingin telah menyebabkan hubungan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat menjadi rapat. Hubungan mereka dapat dilihat dalam tiga bentuk :

1.      Perundingan Diplomatik : walaupun hubungan kedua-dua negara nampak kompleks namun membuka banyak ruang perundingan dan perbahasan pelbagai peringkat birokrasi

2.      Kerjasama Ketenteraan : kerjasama bilateral semakinrancak khususnya tentera udara dan tentera laut

3.      Perisikan                         : kerjasama perisikan menguntungkan kedua-dua pihak


Cabaran

Bagaimanapun, hubungan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat terjejas kerana Pengenalan Atomic Energy Act of 1946 yang  melarang Amerika Syarikat mengadakan kerjasama nuklear dengan negara2 lain kerana bimbang berlakunya percambahan aktiviti senjata nuklear di tempat lain.

Akta ini menghalang sebarang bentuk kerjasama pembangunan nuklear antara AS dengan mana-mana negara bagi mengekang perlumbaan pembangunan senjata nuklear oleh negara-negara lain. UK kecewa dengan pendirian AS lantas membangunkan senjata nuklearnya sendiri.

Walaubagaimanapun, Rundingan diadakan dengan AS bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan kepakaran berkaitan proses membina senjata nuklear, pada tahun 1952 UK berjaya membina empat senjata nuklear di belakang AS dan Soviet Union.

info tentang Atomic Energy Act of 1946 boleh dilihat dengan lebih lanjut di link ini


  1. 2.  http://en.wikipedia.org/wiki/Atomic_Energy_Act_of_1954


info tentang soviet union dapat dilihat melalui link ini 

 Kesan

Kuasa-kuasa besar dunia yang merupakan anggota Majlis Keselamatan PBB yang memiliki kuasa veto ketika itu selalunya memilih untuk tidak bersetuju dalam menangani mana-mana konflik antarabangsa.

Soviet Union sering disalahkan dan dilihat sebagai tidak demokratik, tidak menghormati hak asasi manusia dan tidak menghormati kebebasan individu sebagaimana yang dipraktikkan di Eropah.

Peranan AS dalam NATO tidak dapat dinafikan sehingga Rusia menganggap AS adalah NATO dan NATO adalah AS. NATO muncul sebagai pertubuhan yang kuat dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat. Tentera NATO ditempatkan di beberapa buah negara bergolak seperti di Afghanistan dengan tujuan mengekang peperangan berlarutan.

Komitmen berterusan United Kingdom dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan , keutuhan dan kestabilan NATO sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia.



No comments:

Post a Comment